Loading...

Krisis FGV: Muhyiddin pertikai pelantikan Idris

Loading...
Krisis FGV: Muhyiddin pertikai pelantikan Idris - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Krisis FGV: Muhyiddin pertikai pelantikan Idris, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Krisis FGV: Muhyiddin pertikai pelantikan Idris
link : Krisis FGV: Muhyiddin pertikai pelantikan Idris

Baca juga


Krisis FGV: Muhyiddin pertikai pelantikan Idris

 | June 8, 2017
Presiden PPBM bimbang pelantikan Idris yang dilihat mesra kerajaan akan menghasilkan laporan yang berat sebelah dan berpihak.
muhyiddin_Idris-Jala_fgv_600
PETALING JAYA: Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertikan pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad dan pegawai kanan Felda Global Ventures (FGV) lain.

Muhyiddin bimbang pelantikan ketua pegawai eksekutif Pemandu Associates Sdn Bhd itu – yang dilihat mesra kerajaan – akan menghasilkan laporan yang berat sebelah dan berpihak.
“Lebih baik melantik syarikat juruaudit bertauliah yang lebih bebas dan telus kerana kita tahu siapa Idris Jala,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini.
Beliau menegaskan siasatan lebih wajar dijalankan oleh syarikat yang bebas tanpa kepentingan atau kaitan rapat dengan perdana menteri atau kerajaan.

“Soal pokoknya bila ada siasatan, dia (penyiasat) mahu dilihat adil, tidak ada kepentingan dan atas dasar kepentingan pemilik FGV (Felda)….kerana rakyat nak mengetahui sebab apa krisis ini berlaku.”
Pejabat Perdana Menteri semalam mengumumkan pelantikan Idris untuk meneliti penggantungan Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd Kamarzaman Abd Karim.

Pelantikan Idris itu dipersetujui Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Zakaria dan Tifli.
Sebelum ini, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan berhubung tunggakan bayaran sebuah syarikat Afghanistan, Safitex, kepada Delima Oils Products, yang juga anak syarikat FGV.

Felda merupakan pemegang saham tunggal terbesar FGV dengan 34% pegangan.
Sementara itu, Muhyiddin berkata Isa sepatutnya meletak jawatan atas dasar tanggungjawab kepada kemelut dalaman syarikat. Isa sebelum ini memegang jawatan pengerusi Felda dari 2011 hingga 2017 sebelum diambil alih Shahrir.

“Sepatutnya dah lama letak jawatan bila tercetus krisis yang besar, tetapi malangnya perdana menteri yang bertanggungjawab dengan Felda tidak langsung mengetepikan Isa.”
“Saya persoalkan kebijaksanaan perdana menteri membuat keputusan nampak terbukti masalah masih berulang.” FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEfpLl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Krisis FGV: Muhyiddin pertikai pelantikan Idris

Itulah artikel Krisis FGV: Muhyiddin pertikai pelantikan Idris Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Krisis FGV: Muhyiddin pertikai pelantikan Idris dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/krisis-fgv-muhyiddin-pertikai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Krisis FGV: Muhyiddin pertikai pelantikan Idris"

Catat Ulasan

Loading...