Loading...

KKM Akan Panggil Doktor Klinik Rawat Zulfarhan Osman

Loading...
KKM Akan Panggil Doktor Klinik Rawat Zulfarhan Osman - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk KKM Akan Panggil Doktor Klinik Rawat Zulfarhan Osman, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : KKM Akan Panggil Doktor Klinik Rawat Zulfarhan Osman
link : KKM Akan Panggil Doktor Klinik Rawat Zulfarhan Osman

Baca juga


KKM Akan Panggil Doktor Klinik Rawat Zulfarhan Osman

KLANG – Kementerian Kesihatan akan memanggil doktor daripada sebuah kinik swasta yang dilaporkan merawat mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang disahkan meninggal dunia akibat didera, dalam tempoh terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya akan memanggil doktor berkenaan bagi mendapatkan penjelasan berikutan kegagalan doktor itu melaporkan kecederaan yang dialami Zulfarhan Osman kepada pihak polis.

“Kita mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Biasanya jika pesakit itu mengalami kecederaan berpunca daripada kemalangan atau yang dipercayai mempunyai unsur jenayah, doktor dan pihak hospital perlu melaporkan perkara itu terus kepada polis.

Jika tidak dilaporkan itu adalah salah, kerana ia merupakan tanggungjawab dan amalan yang seharusnya dilakukan oleh doktor yang merawat pesakit berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata tindakan memanggil doktor berkenaan dilakukan berdasarkan etika profesional yang diguna pakai Kementerian Kesihatan.

“Tindakan doktor itu yang tidak melaporkan kes jenayah seperti ini boleh dipersoalkan… bagaimanapun kes ini tetap di bawah seliaan dan siasatan pihak polis,” katanya.

Zulfarhan Osman, 21, yang merupakan Pegawai Kadet Laut di universiti itu meninggal dunia di Hospital Serdang, pada 1 Jun lepas dengan kesan lebam dan melecur di badan.

Mangsa sebelum itu dipercayai menerima rawatan sebanyak dua kali di klinik swasta berkenaan dan difahamkan doktor yang merawat mangsa tidak mengarahkan mangsa segera dihantar ke hospital walaupun menyedari keadaan mangsa parah.

Sementara itu, Dr Subramaniam, yang juga Presiden MIC, berkata kerajaan akan mewujudkan pendidikan prasekolah di 530 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), seluruh negara, sebagai memenuhi keperluan pendidikan awal anak-anak kaum India di negara ini.

“Prasekolah ini akan diwujudkan secara berperingkat. Untuk permulaan 50 prasekolah akan diadakan di SJKT, pada tahun ini. Bilangan itu akan bertambah dengan 50 lagi prasekolah pada tahun hadapan dan begitu juga (50 prasekolah) untuk tahun seterusnya,” katanya.

Beliau berharap inisitaf itu akan menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka mendapatkan pendidikan awal, sekali gus mengekang masalah keciciran pembelajaran dalam kalangan anak-anak kaum India. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rJuoQX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article KKM Akan Panggil Doktor Klinik Rawat Zulfarhan Osman

Itulah artikel KKM Akan Panggil Doktor Klinik Rawat Zulfarhan Osman Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel KKM Akan Panggil Doktor Klinik Rawat Zulfarhan Osman dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/kkm-akan-panggil-doktor-klinik-rawat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KKM Akan Panggil Doktor Klinik Rawat Zulfarhan Osman"

Catat Ulasan

Loading...