Loading...

Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid.

Loading...
Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid. - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid.
link : Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid.

Baca juga


Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid.

Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid. | Assalamualaikum wbt. Alhamdullillah, hari ni dah sebulan lebih cikla dibedah. Luka luar pun dah baik, luka dalam Insha Allah dalam proses pembaikan. Sebab, untuk pengetahuan korang, luka luar akan sembuh dalam tempoh 2 minggu, manakala luka dalaman akan sembuh dalam tempoh 3 -  6 bulan. Lama kan? Bagi cikla, ni mungkin bergantung bagaimana cara kita menjaga luka kita ni. Pada yang belum baca kisah pertama kali dibedah, klik link di bawah ni...




Sebenarnya, selepas pembedahan ada beberapa langkah penjagaan yang sepatutnya kita kena ikut supaya dapat mengelakkan ketakselesaan leher kita setelah tiroid dibuang semuanya. Masa cikla kat dalam wad tempoh hari, pada hari kedua operate, kalau tak silap ciklalah ada ahli fisioterapi datang untuk mengajar macam mana nak melakukan senaman di bahagian leher supaya leher rasa lebih lega. Kalau korang nak tau, rasa lenguh dan sakit tu memang biasa akan dialami oleh orang yang menjalani pembedahan ni sebab masa dibedah kepala kita akan didongakkan kaw-kaw punya sebab untuk memudahkan doktor menjalankan tugasnya. Sebab itulah, kesan dari itu leher kita akan sakit dan sengal.

So, jom baca apa yang cikla nak share ni. Semoga perkongsian ni berguna untuk orang yang senasib dengan cikla.

Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid.


Biasanya, lepas pembedahan dilakukan luka yang wujud akan menjadikan pergerakan kita agak terbatas sebab kita kurang menggerakkan leher kita. Keadaan ni akan menyebabkan otot leher dan bahu kita menjadi tegang. Dah jadi macam robot dah rupa dia. Huhu. Ada beberapa kaedah yang boleh kita lakukan untuk proses pemulihan kepada keadaan seperti sedia kala, iaitu ;

  1. Postur badan yang betul. 
  2. Melakukan senaman regangan pada leher dan bahu. 
  3. Melakukan urutan pada parut. 
  4. Melakukan aktiviti fizikal secara berperingkat-peringkat.


Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid. Postur badan yang betul.


Sebaiknya korang kena berhati-hati dengan postur korang. Kalau boleh, elakkan dari membanggakan ataupun membulatkan bahu korang tu. Apa yang baiknya, kalau korang duduk dan berdiri tu, lakukan secara tegak. Kalau korang duduk tu, lebih elok letakkan bantal kat bawah tangan supaya ia dapat membantu posisi korang tu.

Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid. Melakukan senaman regangan pada leher dan bahu.


Ada 7 langkah (lihat langkah berserta gambar) untuk korang melakukan senaman regangan pada leher dan bahu ni, iaitu ;

(1)  Kepala dipusingkan ke kiri dan kanan, iaitu cuba pusingkan kepala sambil memandang ke arah bahu, tahan sekejap selama 3 -  5 kiraan. Kemudian ulang semula langkah yang sama 5 -  10 kali untuk setiap posisi.

Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid.
Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid. Kepala dipusingkan ke kiri dan kanan. 

(2) Bengkokkan kepala kiri dan kanan, iaitu kepala dibengkokkan ke sisi bahu, tahan selama 3 - 5 kiraan lepas tu ulang langkah sama 5 hingga 10 kali untuk setiap sisi.

Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid.
Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid. Bengkokkan kepala kiri dan kanan. 

(3) Pandang ke bawah dan pandang ke atas, iaitu kepala ditundukkan ke bawah dan rapatkan dagu ke dada, kemudian kembali ke kedudukan asal. Ulang langkah yang sama 5 - 10 kali. Tapi, korang kena ingat untuk langkah yang pandang ke atas tu, langkah ini boleh dilakukan hanya bila tiub pembedahan (drainage) telah ditanggalkan. Naikkan dagu, kemudian dongakkan kepala memandang ke atas.

Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid.
Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid. Pandang ke bawah dan pandang ke atas. 

(4) Bahu diangkat ke atas dan buat bulatan ke belakang. Kemudian, ulang langkah yang sama sebanyak 5 - 10 kali.

Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid.
Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid. Angkat bahu. 

(5) Langkah 'shoulder squeeze', iaitu kedua-dua tulang belikat dirapatkan ke dalam dan tahan selama 5 - 10 saat. Selepas itu, rehat sekejap kemudian ulang langkah sama 4 - 10 kali. 

Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid.
Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid. Shoulder Squeeze. 

(6) Tangan diangkat ke hadapan, sampai ke atas melebihi paras kepala. Kemudian, turunkan ke bawah dan ulang langkah sama sebanyak 5 - 10 kali. Gunakan satu tangan untuk mengampu atau sandarkan tangan pada dinding.

Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid.
Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid. Angkat tangan ke hadapan. 

(7) Mengangkat tangan ke sisi, iaitu bermula dengan ibu jari tangan diangkat ke sisi melebihi paras telinga. Kemudian, turunkan ke bawah dan ulang langkah ni 5 - 10 kali.

Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid.
Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid. Angkat Tongan ke sisi. 

Antara kebaikan senaman leher dan bahu ni adalah ia dapat memulihkan pergerakan, dapat mengurangkan bengkak, sakit dan ketegangan serta dapat meregangkan struktur parut. Apa yang disyorkan adalah, melakukan senaman ini 2 - 4 kali sehari sebanyak 5 -  10 ulangan setiap sisi.

Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid. Melakukan urutan pada parut.


Urutan parut adalah penting untuk mengurangkan saiz dan struktur parut serta memulihkan pergerakan leher. Urutan ni boleh dilakukan sebaik aje luka pembedahan pulih sepenuhnya dan selesai menjalani sesi rawatan radioterapi. Antara langkah urutan parut dilakukan adalah seperti berikut;

  1. Gunakan krim yang tak mempunyai wangian. 
  2. Lakukan urutan lembut pada bahagian parut dan disekelilingnya dengan menggunakan jari. 
  3. Buat pergerakan secara membulat supaya tekanan yang 'lembut' dapat diberikan pada parut. 
  4. Lakukan urutan selama 10 minit, sebanyak 2 - 3 kali sehari.


Semoga perkongsian ni memberi manfaat kepada yang memerlukan... Wallahua'lam. ❤️❤️❤️


Sumber Unit Fisioterapi dan Unit Pendidikan Kesihatan, Institut Kanser Negara.



Thus Article Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid.

Itulah artikel Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/kisah-aku-dan-tiroid-senaman-selepas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kisah aku dan tiroid : Senaman selepas pembedahan tiroid."

Catat Ulasan

Loading...