Loading...

Kisah aku dan tiroid : Hipotiroidisme selepas pembedahan total.

Loading...
Kisah aku dan tiroid : Hipotiroidisme selepas pembedahan total. - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kisah aku dan tiroid : Hipotiroidisme selepas pembedahan total., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kisah aku dan tiroid : Hipotiroidisme selepas pembedahan total.
link : Kisah aku dan tiroid : Hipotiroidisme selepas pembedahan total.

Baca juga


Kisah aku dan tiroid : Hipotiroidisme selepas pembedahan total.

Kisah aku dan tiroid : Hipotiroidisme selepas pembedahan total thyroidectomy. | Assalamualaikum wbt. Cerita pasal tiroid ni belum habis lagi. Selepas cikla menjalani pembedahan total thyroidectomy sebulan yang lalu, alhamdullillah cikla rasa sihat. Cikla pun boleh puasa macam biasa. Takde rasa letih sangat. Selepas buang keseluruhan tiroid ni, cikla akan bertukar menjadi seorang yang hipo atau hipotiroidisme iaitu hormon tiroid rendah. Mana taknya, dah takde kelenjar tiroid kan. Macam mana nak hasilkan hormon tiroid. Huhu. 

Sebelum cikla bercerita pasal hipotiroidisme dengan lebih lanjut, cikla nak share dengan korang apakah 'risiko' yang mungkin pesakit hadapi kesan dari pembedahan ini.

Kisah aku dan tiroid : Hipotiroidisme selepas pembedahan total thyroidectomy. Risiko yang mungkin dihadapi selepas pembedahan.


Kisah aku dan tiroid : Hipotiroidisme selepas pembedahan total.
Kisah aku dan tiroid : Hipotiroidisme selepas pembedahan total. Sumber Google. 

So, antara 'risiko' itu adalah seperti berikut;

  • Risiko di mana saraf yang berhubung dengan peti suara mungkin terpotong atau tercedera. Jika ini berlaku suara pesakit akan terjejas. Tapi, dalam kes cikla alhamdullillah, suara ok lepas pembedahan. Tak serak atau garau. Cuma, masa awal-awal selepas pembedahan haritu tekak perit je. Macam sakit tekak tu. 
  • Pesakit akan mengalami kebas di bahagian sekitar kelenjar selama tiga hingga enam bulan sebelum pulih sepenuhnya. Kalau yang ni memang sampai sekarang cikla rasa. Kalau cikla pegang area bawah dagu ke tempat bedah tu rasa macam 'tebal' je. Memula tu risau jugak, tapi doktor cakap keadaan macam tu normal. Nanti lama-kelamaan akan hilang. 
  • Berlakunya kekurangan pengeluaran hormon tiroid iaitu hipotiroidisme. So, pesakit mesti mengambil pil hormon tiroid perlu diambil bagi mengawal keadaan hipotiroidisme. Macam cikla, memang cikla makan levothyroxine selepas pembedahan. Masa awal dulu, sebiji untuk sehari, tapi sekarang up 2 biji pulak. Takpelah, kecik je kot pilnya. Hihi. 
  • Masalah kekurangan kalsium mungkin berlaku sebab semasa pembedahan dijalankan, risiko kecederaan kelenjar paratiroid mungkin berlaku. Kalau korang nak tau, terdapat empat kelenjar paratiroid di belakang kelenjar tiroid. Dua kanan, dua kiri. So, risiko kelenjar paratiroid ni disingkirkan sekali semasa pembedahan mungkin berlaku. So, pesakit perlu mengambil pil calcium. Tapi, bagi diri cikla sendiri alhamdullillah setakat ni cikla tak perlu lagi makan pil kalsium. Mungkin kelenjar paratiroid cikla dapat diselamatkan. 
  • Mungkin akan ada parut kekal kesan dari pembedahan. Tapi takpe. Kat pasaran sekarang ni macam-macam ubat hilang parut kan. Boleh cuba mana yang sesuai.


Macam yang cikla cakap sebelum ni, lepas cikla buat pembedahan ni cikla akan mengalami keadaan hipotiroidisme. Apakah dia hipotiroidisme tu, dan apa pulak simptom-simptomnya? Jom baca ni pulak.

Kisah aku dan tiroid : Hipotiroidisme selepas pembedahan total thyroidectomy.


Untuk pengetahuan korang, hipotiroidisme berlaku disebabkan oleh  penyakit auto imun atau Hashimoto selepas seseorang itu  menjalani pembedahan. Hipotiroidisme berlaku bila kelenjar tiroid tak berfungsi dengan baik dan hormon tiroid tak dihasilkan dengan baik. Antara simptom hipotiroidisme adalah seperti berikut;

  • Rasa letih, lesu dan lambat bergerak. 
  • Mengalami despresi mental. 
  • Mengalami masalah ingatan. 
  • Berat badan akan meningkat. 
  • Mengalami sembelit. 
  • Intoleran sejuk. 
  • Rambut dan kulit jadi kering. 
  • Nampak bengkak di sekeliling mata. 
  • Haid yang banyak.

 

Kalau pada diri cikla sendiri, memang ada beberapa simptom yang cikla alami. Rasa letih dan cepat penat. Tapi, dah namanya suri rumah kan nak tak nak memang kena buat jugaklah rutin harian tu. Yang despresi mental tu, alhamdullillah cikla takde pulak mengalaminya. Berat badan pun still 52 kg, sama macam sebelum ni. Tapi, kalau naik sikit ok jugak. Takdelah nampak kering sangat. 

Cikla pun kadang-kadang rasa macam sejuk sangat terutama pada  waktu makan. Kalau dah sejuk tu, sejuknya rasa duduk dalam peti ais. Rasa macam ke tulang sejuknya. Tapi, keadaan tu takdelah lama sangat. Lepas cikla pakai baju tebal dengan selimut tebal, dah ok dah.

Semoga cikla dapat mengharungi 'dugaan' Allah ni. Alhamdullillah, sebab cikla terpilih untuk merasai 'pengalaman yang pada cikla tak semua orang boleh dapat.

Doakan cikla sembuh sepenuhnya ye...  Amin... ❤️❤️❤️


Sumber SINI, SINI, SINI, SINI.



Thus Article Kisah aku dan tiroid : Hipotiroidisme selepas pembedahan total.

Itulah artikel Kisah aku dan tiroid : Hipotiroidisme selepas pembedahan total. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kisah aku dan tiroid : Hipotiroidisme selepas pembedahan total. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/kisah-aku-dan-tiroid-hipotiroidisme.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kisah aku dan tiroid : Hipotiroidisme selepas pembedahan total."

Catat Ulasan

Loading...