Loading...

Kes denggi di kawasan barat daya meningkat

Loading...
Kes denggi di kawasan barat daya meningkat - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kes denggi di kawasan barat daya meningkat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kes denggi di kawasan barat daya meningkat
link : Kes denggi di kawasan barat daya meningkat

Baca juga


Kes denggi di kawasan barat daya meningkat


SINAR ONLINE
 
denggiTimbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bersama pegawai serta kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Barat Daya meninjau sekitar kawasan pangsapuri Mutiara Perdana ekoran peningkatan kes denggi di kawasan itu hari ini. - Foto Bernama
 
 
GEORGETOWN - Jumlah kes denggi di kawasan Barat Daya Pulau Pinang menunjukkan peningkatan sejak awal tahun ini dengan dua kes kematian laporkan sejak Januari ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Dr Hilmi berkata, punca berlakunya masalah denggi adalah daripada keadaan persekitaran yang tidak bersih dan dipenuhi dengan sampah-sarap yang menjadikan kawasan itu tempat sesuai untuk pembiakan nyamuk.

Menurutnya, antara kawasan yang dikenal pasti merupakan Flat Mutiara Perdana di Bayan Lepas yang merekodkan 25 kes demam denggi dan mengakibatkan satu kematian dilaporkan sejak Januari tahun ini manakala satu lagi kes kematian demam denggi dilaporkan di kawasan Sungai Ara dalam tempoh yang sama.

"Saya datang melihat sendiri, memang masalah kebersihan di kawasan ini (Flat Mutiara Perdana) adalah sangat teruk. Sampah-sarap tidak dikutip, botol kosong dibiarkan begitu sahaja, longkang tersumbat yang menyebabkan banyak jentik-jentik membiak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau menggesa supaya badan pengurusan bersama yang bertanggungjawab menjaga kawasan itu untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan tidak membiarkan perkara ini berlaku begitu sahaja.

"Jika perkara seperti ini masih lagi berlaku dengan kerap, maka kita akan membawa pihak badan pengurusan bersama ke mahkamah untuk tindakan lanjut," katanya. - Bernama



Thus Article Kes denggi di kawasan barat daya meningkat

Itulah artikel Kes denggi di kawasan barat daya meningkat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kes denggi di kawasan barat daya meningkat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/kes-denggi-di-kawasan-barat-daya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes denggi di kawasan barat daya meningkat"

Catat Ulasan

Loading...