Loading...

Kes Beras Plastik Jadi Tular, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Tampil Perjelaskan Perkara Sebenar

Loading...
Kes Beras Plastik Jadi Tular, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Tampil Perjelaskan Perkara Sebenar - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kes Beras Plastik Jadi Tular, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Tampil Perjelaskan Perkara Sebenar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kes Beras Plastik Jadi Tular, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Tampil Perjelaskan Perkara Sebenar
link : Kes Beras Plastik Jadi Tular, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Tampil Perjelaskan Perkara Sebenar

Baca juga


Kes Beras Plastik Jadi Tular, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Tampil Perjelaskan Perkara Sebenar

Beberapa hari lalu laman sosial dikejutkan dengan berita beras plastik yang jadi tular serta mencetuskan kebimbangan orang ramai apabila satu perkongsian dari pengguna laman sosial memaparkan rakaman video eksperimen menggumpal beras yang dipercayai beras plastik serta beras berkenaan yang telah digumpal melantun semula yang katanya menandakan beras tersebut adalah plastik.

Rentetan daripada berita berkenaan satu kenyataan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui laman Facebook Kawalselia Padi Dan Beras tampil menjelaskan kekeliruan tersebut serta turut menunjukkan kajian yang dilakukan terhadap beras jenama popular terbabit.


MAKLUM BALAS KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MENGENAI ADUAN BERAS PLASTIK DI DALAM KAMPIT BERAS JENAMA RAMBUTAN SUPER SPECIAL TEMPATAN 5%

Merujuk kepada beberapa klip video yang telah viral di media-media sosial berkaitan dakwaan kandungan beras plastik dalam kampit beras Jenama Rambutan SST5%, Cawangan Kawalselia Padi dan Beras(KPB), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menjalankan pemeriksaan di kilang pemprosesan dan pembungkusan beras jenama tersebut pada 18 Jun 2017 di Mergong, Alor Setar, Kedah.

Pemeriksaan dijalankan termasuk mengenalpasti punca utama beras dan meneliti keseluruhan proses pembungkusan beras tersebut.

Hasil pemeriksaan dan siasatan mendapati syarikat tersebut memperolehi bekalan beras dari sumber sah iaitu dari petani dan pengilang tempatan. Pemeriksaan juga mendapati tidak terdapat kelengkapan mesin untuk menghasilkan beras plastik di premis tersebut.

Beberapa siri ujian juga telah dijalankan seperti ujian ketahanan beras, ujian iodin bagi menguji kandungan kanji serta ujian bakar dan masak.

Berdasarkan keputusan awal, tiada bendasing plastik dijumpai dalam beras tersebut.
Seterusnya, sampel beras juga telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis lanjut. Siasatan dan pemeriksaan yang sama akan dijalankan ke atas kilang pengeluar beras tersebut di negeri lain.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini boleh menghubungi pejabat Kawalselia Padi dan Beras di setiap negeri, bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan sebaiknya serta dapat mengelakkan kekeliruan di kalangan pengguna beras dalam negara.

Cawangan Kawalselia Padi dan Beras,
Bahagian Industri Padi dan Beras,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia
18 Jun 2017

Satu rakaman video daripada pengguna laman sosial turut membalas dakwaan tentang beras plastik apabila individu terbabit turut membuatkan eksperimen yang sama tetapi menggunakan jenama beras yang lain. Walau bagaimanapun, perkara yang sama tetap berlaku apabila eksperimen dilakukan dengan menggumpal dan membaling beras tersebut. - Koleksi Viral




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ruf6QJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Kes Beras Plastik Jadi Tular, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Tampil Perjelaskan Perkara Sebenar

Itulah artikel Kes Beras Plastik Jadi Tular, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Tampil Perjelaskan Perkara Sebenar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kes Beras Plastik Jadi Tular, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Tampil Perjelaskan Perkara Sebenar dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/kes-beras-plastik-jadi-tular.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes Beras Plastik Jadi Tular, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Tampil Perjelaskan Perkara Sebenar"

Catat Ulasan

Loading...