Tajuk : Kes Bakar Isteri: Suspek Ditahan Reman Bagi Bantu Siasatan
link : Kes Bakar Isteri: Suspek Ditahan Reman Bagi Bantu Siasatan
Kes Bakar Isteri: Suspek Ditahan Reman Bagi Bantu Siasatan
SUNGAI PETANI – Suspek lelaki berusia 46 tahun yang disyaki membakar isterinya, dalam kejadian di Taman Arked dekat sini 26 Mei lalu, direman selama enam hari bermula dari hari ini sehingga 14 Jun ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Saifi Abd Hamid berkata, suspek sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, direman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mangsa disahkan meninggal dunia, 6 Jun lepas.
Dalam kejadian terbabit, mangsa berusia 44 tahun yang tinggal di rumah kakaknya di Taman Arked terbakar selepas suaminya bertindak membaling botol berisi minyak petrol, yang telah dibakar ke arahnya.
Kejadian dipercayai berlaku kerana suspek tidak berpuas hati apabila isterinya enggan berbaik semula dengannya, walaupun pasangan terbabit sedang dalam proses perceraian dan sudah 10 tahun tidak tinggal sebumbung.
Akibat kejadian itu mangsa mengalami lecur teruk pada badan sebelum disahkan meninggal dunia pada 6 Jun lalu di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rOLZbO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kes Bakar Isteri: Suspek Ditahan Reman Bagi Bantu Siasatan
Anda sedang baca artikel Kes Bakar Isteri: Suspek Ditahan Reman Bagi Bantu Siasatan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/kes-bakar-isteri-suspek-ditahan-reman.html
0 Response to "Kes Bakar Isteri: Suspek Ditahan Reman Bagi Bantu Siasatan"
Catat Ulasan