Tajuk : Kertas Siasatan Lengkap Dalam Tempoh Terdekat
link : Kertas Siasatan Lengkap Dalam Tempoh Terdekat
Kertas Siasatan Lengkap Dalam Tempoh Terdekat
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah mengambil keterangan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Isa Samad dan isterinya, Puan Sri Bibi Shaliza Mohd. Khalid hari ini.
SPRM dalam satu kenyataan media berkata, kedua-dua individu itu diminta memberi keterangan kepada agensi berkenaan bagi melengkapkan siasatan kes berhubung dakwaan melibatkan kedua-dua mereka.
“Isa dan Bibi Shaliza hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 10 pagi dan pasukan penyiasat selesai mengambil keterangan kedua-duanya pada pukul 1.30 petang.
“Sepanjang proses tersebut, kedua-duanya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM,” kata kenyataan itu hari ini.
Susulan itu, SPRM akan meneliti keterangan-keterangan yang diberikan oleh Isa serta isterinya dan siasatan SPRM tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa.
“SPRM juga yakin akan dapat melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh terdekat sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” kata kenyataan itu. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sPIK6A
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kertas Siasatan Lengkap Dalam Tempoh Terdekat
Anda sedang baca artikel Kertas Siasatan Lengkap Dalam Tempoh Terdekat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/kertas-siasatan-lengkap-dalam-tempoh.html
0 Response to "Kertas Siasatan Lengkap Dalam Tempoh Terdekat"
Catat Ulasan