Loading...

Kerana Mencuri Buah Kelapa Dua Lelaki Ditangkap Dan Diikat Di Pokok Kelapa

Loading...
Kerana Mencuri Buah Kelapa Dua Lelaki Ditangkap Dan Diikat Di Pokok Kelapa - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerana Mencuri Buah Kelapa Dua Lelaki Ditangkap Dan Diikat Di Pokok Kelapa, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerana Mencuri Buah Kelapa Dua Lelaki Ditangkap Dan Diikat Di Pokok Kelapa
link : Kerana Mencuri Buah Kelapa Dua Lelaki Ditangkap Dan Diikat Di Pokok Kelapa

Baca juga


Kerana Mencuri Buah Kelapa Dua Lelaki Ditangkap Dan Diikat Di Pokok Kelapa


SITIAWAN - Dua lelaki yang dipercayai mencuri buah kelapa di kawasan Sekolah Agama Rakyat Al-Hidayah, Kampung Tersusun Batu 7 Lekir, di sini, diikat pada pokok selepas ditangkap penduduk kampung semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, kehadiran dua individu berkenaan yang sedang leka memanjat pokok kelapa setinggi lima meter disedari seorang pemilik kedai runcit berhampiran sekolah itu.

Penduduk yang juga bekas ketua kampung, Mohd Yaacob Hashim, 65, berkata sebaik menerima maklumat dia bersama 10 penduduk ke lokasi dan mendapati seorang daripada suspek sudah berada di dalam kereta Proton Wira manakala seorang lagi mahu ke kedai berhampiran.

"Kedua-duanya berusia belasan tahun dan awal 30-an. Di dalam kereta itu, sudah ada beberapa tandan kelapa namun saya tidak pasti buah itu diambil di kampung ini atau tempat lain.

"Saya tanya adakah mereka yang mengambil kelapa itu dan sebaik mereka mengaku, kami terus menangkap dan mengikat dua lelaki itu pada pokok kelapa dengan menggunakan tali yang mereka guna untuk menurunkan kelapa dari pokok," katanya ditemui, hari ini.


Katanya, tujuan suspek diikat untuk memberi pengajaran kepada dua individu berkenaan selain untuk memberi peringatan kepada penduduk untuk lebih berhati-hati selepas ini kerana kampung mereka sering berlaku kes kecurian.

"Kami ikat dua lelaki itu sementara menunggu polis tiba dan tidak memukul atau mencederakan mereka kerana mahu pihak polis yang mengambil tindakan, namun tidak sangka di bulan mulia ini masih ada individu yang melakukan aktiviti tidak bermoral ini.

"Biarpun mereka merayu supaya dilepaskan dan mendakwa itu kali pertama mencuri kelapa di sini, kami mahu ini dijadikan pengajaran kepada mereka selain individu lain yang pernah membuat perkara sama di kampung ini," katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung. - Berita Harian



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rBW126

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Kerana Mencuri Buah Kelapa Dua Lelaki Ditangkap Dan Diikat Di Pokok Kelapa

Itulah artikel Kerana Mencuri Buah Kelapa Dua Lelaki Ditangkap Dan Diikat Di Pokok Kelapa Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerana Mencuri Buah Kelapa Dua Lelaki Ditangkap Dan Diikat Di Pokok Kelapa dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/kerana-mencuri-buah-kelapa-dua-lelaki.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerana Mencuri Buah Kelapa Dua Lelaki Ditangkap Dan Diikat Di Pokok Kelapa"

Catat Ulasan

Loading...