Tajuk : Kastam batal GST terhadap 60 jenis makanan berkuatkuasa 1 Julai 2017
link : Kastam batal GST terhadap 60 jenis makanan berkuatkuasa 1 Julai 2017
Kastam batal GST terhadap 60 jenis makanan berkuatkuasa 1 Julai 2017
SHAH ALAM – Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas 60 lagi item makanan akan dibatalkan, berkuat kuasa 1 Julai, 2017.
Kastam batal GST terhadap 60 jenis makanan berkuatkuasa 1 Julai 2017
Perkara itu dimaklumkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan.
Ketua Pengarah Kastam T Subromaniam berkata, pihaknya telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklum balas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 di batalkan.
“Kita memohon kerjasama semua pihak supaya mengambil maklum tentang perkara ini,” katanya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan lebih 60 makanan tertentu yang berkadar sifar akan dikenakan GST enam peratus bermula 1 Julai tahun ini selepas merujuk kepada Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 yang telah diwartakan pada 6 Jun 2017 melalui P.U. (A) 162 dan akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2017.
Implikasi kepada pewartaan Perintah itu akan menyebabkan lebih daripada 60 item makanan seperti ikan belut, ikan todak, jagung, sayuran sejuk beku, buah-buahan import (avocado, apricot, anggur, ceri, peach, plum) figs, marjerin dan lain-lain akan tertakluk kepada GST enam peratus.
Sumber: Sinar
Sumber Kastam batal GST terhadap 60 jenis makanan berkuatkuasa 1 Julai 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sOOluf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kastam batal GST terhadap 60 jenis makanan berkuatkuasa 1 Julai 2017
Anda sedang baca artikel Kastam batal GST terhadap 60 jenis makanan berkuatkuasa 1 Julai 2017 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/kastam-batal-gst-terhadap-60-jenis_19.html
0 Response to "Kastam batal GST terhadap 60 jenis makanan berkuatkuasa 1 Julai 2017"
Catat Ulasan