Loading...

Kantoi Kata Daim Dalang DoJ, Buat Cerita Cincin Pula!

Loading...
Kantoi Kata Daim Dalang DoJ, Buat Cerita Cincin Pula! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kantoi Kata Daim Dalang DoJ, Buat Cerita Cincin Pula!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kantoi Kata Daim Dalang DoJ, Buat Cerita Cincin Pula!
link : Kantoi Kata Daim Dalang DoJ, Buat Cerita Cincin Pula!

Baca juga


Kantoi Kata Daim Dalang DoJ, Buat Cerita Cincin Pula!

EMPAT hari lepas, penulis blog politik terkenal, Raja Petra Kamarudin mendedahkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sudah mengetahui awal lagi serangan DoJ pada 15 Jun 2017 akan berlaku.

Ini kerana Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sudah menceritakan awal-awal lagi mengenai hal serangan itu kepada tiga orang Exco Armada partinya sendiri.

Syed Saddiq memberitahu bahawa Tun Daim Zainudin sudah ‘belanja’ RM50 juta untuk kempen guling Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi media antarabangsa dan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS).

Ini termasuklah kos untuk membayar AS$5 juta kepada Clinton Foundation. Dua hari lepas, apabila cerita mengenai Daim itu bocor, Syed Saddiq yang jelas kantoi terpaksa buat satu sidang media untuk tebus dosa dan malu.

Syed Saddiq terpaksa gunakan cerita berlian RM116 juta sebagai bahan menyerang Datin Seri Rosmah Mansor.

Mengajak semua rakyat bercerita tentang cerita berlian RM116 juta. Biarpun tidak ada gambar sebenar berlian itu, tiada transaksi sebenar dan bukan pun dalam senarai barang yang dirampas DoJ, tetapi Syed Saddiq tetap juga ingin meneruskan cerita fitnah itu.

Sebenarnya Syed Saddiq terpaksa buat   “damage control”. Syed Saddiq terpaksa mengalihkan semula perhatian kepada subjek “Rosmah” dan juga “berlian” kerana telah tersilap mendedahkan Tun Daim sebagai pembayar kepada DOJ.

Hendak jadi Rafizi pula Syed Saddiq ini. Rafizi pun sudah takut main isu berlian ini. Lepas ini jangan pula cakap “saya hanya buat lawak sahaja” bila disoal di muka pengadilan.

Tun Daim yang selama ini membiayai gerakan Syed Saddiq hingga mahu menghantarnya ke Oxford untuk belajar, sudah marah dan naik angin.

Menurut sumber dalam PPBM, Tun Daim marah benar pada Syed Saddiq bila dapat tahu penulisan Raja Petra mengenai RM50 juta dan USD$5 billion yang dibayar kepada media asing, Yayasan Clinton dan DoJ untuk menyerang Najib dan Rosmah.

Dalam satu mesyuarat tertutup, Syed Saddiq dihentam teruk. Syed Saddiq kena maki dan dipersalahkan kerana membuat tindakan bodoh menelanjangkan Tun Daim sebagai dalang di belakang isu DoJ. Perkataan “stupid” dan “bloody fool”  itu antara kata kata yang dimaki pada Ketua Armada PPBM itu.

Raja Petra menggangap tindakan Syed Saddiq membuat laporan polis berhubung pendedahannya itu umpama menggali lubang kubur sendiri. Akhirnya polis akan mencari identiti sebenar siapa tiga exco yang memdedahkan cerita itu.

Syed Saddiq akan lebih malu jika tiga exco itu mengesahkan bahawa cerita itu adalah betul dan benar. Silap silap tiga orang exco itu sudah merakam perbualan dan percakapan Syed Saddiq itu dalam bentuk audio atau video. Lagilah kantoi Syed Saddiq.

Walaupun Raja Petra tidak dedahkan, ramai orang tahu dalang sebenar di sebalik serangan jahat DoJ itu. Mahathir juga pernah hantar wakil jumpa DoJ sebelum ini. Matthias dan Khairuddin Abu Hassan adalah wakil itu.

Baca pendedahan di pautan ini; Siapa yang berpakat dengan FBI dan kemudian buat cerita karut FBI hendak tangkap Najib.
http://ift.tt/2rY6qSe

Cuti hari raya ini hendak dijadikan medan cerita fitnah berlian RM116 juta oleh Syed Saddiq. Hari raya ini umat Islam mahu bermaafan dan berkongsi khabar tentang keluarga dan sahabat handai.

Namun bagi orang yang terdesak seperti Syed Saddiq, cuti raya pun mahu dijadikan kempen politik. Cincin RM24 juta yang dijaja Rafizi terbukti sudah satu cerita fitnah semata mata. Begitu juga cerita berlian RM116 juta ini.

Mana rupa bentuk sebenar berlian itu? Apa transaksinya? Bila Datin Rosmah pakai dan guna berlian RM116 juta itu? Ada gambarkah? Semuanya tiada. Cerita ini hanyalah fitnah semata mata.

Jangan jaja cerita fitnah. Syed Saddiq, Mahathir dan Muhyiddin sudah “desperate”. Terpaksa lalukan fitnah dalam bulan puasa sebegini semata mata untuk jatuhkan Najib. Tidak boleh serang suami, isteri pula jadi sasaran.

Hodoh sungguh perangai pembangkang di Malaysia. Eloklah dengar nasihat Nik Abduh, kembalilah ke tikar sejadah di akhir Ramadhan ini. Kebenaran akan mengatasi rancangan fitnah jahat pembangkang ini. Allah SWT akan bersama orang orang benar dan berbakti pada rakyat.

Beruang Biru

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYg33h

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Kantoi Kata Daim Dalang DoJ, Buat Cerita Cincin Pula!

Itulah artikel Kantoi Kata Daim Dalang DoJ, Buat Cerita Cincin Pula! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kantoi Kata Daim Dalang DoJ, Buat Cerita Cincin Pula! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/kantoi-kata-daim-dalang-doj-buat-cerita.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kantoi Kata Daim Dalang DoJ, Buat Cerita Cincin Pula!"

Catat Ulasan

Loading...