Loading...

Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dipercayai Didera

Loading...
Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dipercayai Didera - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dipercayai Didera, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dipercayai Didera
link : Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dipercayai Didera

Baca juga


Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dipercayai Didera


BESUT – Seorang kanak-kanak lelaki dari Felda Tenang, Hulu Besut meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh bapa tirinya awal pagi tadi.

Ekoran kejadian itu polis menahan seorang buruh lelaki berumur 38 tahun yang dipercayai bertanggungjawab di atas kematian kanak-kanak berumur 5 tahun 2 bulan itu, hari ini.

Ketua Polis daerah Besut, Supritendan Mohd Zamri Mohd Rowi ketika mengesahkan kejadian itu berkata kanak-kanak itu dibawa sendiri oleh suspek untuk mendapatkan rawatan di Bilik Kecemasan, Hospital Daerah Besut kira-kira 3.30 pagi tadi tetapi mendapati mangsa telah meninggal dunia sebelum diberikan rawatan.

Katanya, semasa menghantar kanak-kanak itu mendapatkan rawatan , suspek mendakwa mangsa terjatuh dan dihempap motosikal yang dinaiki bersamanya di jalan ladang di tanah rancangan tersebut pada malam semalam.

“Bagaimanapun, doktor yang memeriksa mangsa mendapati terdapat kesan lebam lama dan baharu pada tubuh mangsa dan mengesyaki sesuatu sebelum melaporkan perkara itu kepada polis,” katanya dalam kenyataan media di sini petang ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal kecederaan mangsa serta keterangan yang diperoleh daripada ibu mangsa seorang suri rumah berumur 27 tahun, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mohd Zamri berkata mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bagi menjalani bedah siasat oleh pakar forensik perubatan dari Kuala Lumpur esok.

Beliau berkata bapa tiri mangsa kini ditahan dan akan direman esok.

Suspek yang bekerja sebagai buruh didapati mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan kes mendera kanak-kanak. – BERNAMA


Thus Article Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dipercayai Didera

Itulah artikel Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dipercayai Didera Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dipercayai Didera dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/kanak-kanak-meninggal-dunia-dipercayai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dipercayai Didera"

Catat Ulasan

Loading...