Loading...

Kanak-kanak maut selepas mulut ditutup guna pita selofan

Loading...
Kanak-kanak maut selepas mulut ditutup guna pita selofan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kanak-kanak maut selepas mulut ditutup guna pita selofan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kanak-kanak maut selepas mulut ditutup guna pita selofan
link : Kanak-kanak maut selepas mulut ditutup guna pita selofan

Baca juga


Kanak-kanak maut selepas mulut ditutup guna pita selofan


CHINA - Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun meninggal dunia selepas mulutnya dilekat dengan pita selofan kerana terlalu banyak bercakap, dedah bapa mangsa. 

Ibu bapa mangsa mendedahkan kejadian yang menimpa anak perempuan mereka di weibo, laman sosial China, pada 12 Jun lalu. 

Mangsa, Guo Jintong, 6, meninggal dunia di tadika Huadian Experimental Kindergarden di bandar Huadian, wilayah Jiin. selepas sesi senaman pagi pada hari yang sama.

Lelaki yang mengakui dirinya bapa kepada Jintong mendakwa guru di tadika itu, Ju Chunwei, telah menuduh anaknya terlalu banyak bercakap ketika sesi senaman pagi dijalankan. 

Selepas Jintong dan rakan sekelasnya masuk semula ke dalam kelas, guru terbabit telah meletakkan gam dan membalut mulut Jintong dengan pita selofan.

Jintong dikatakan telah dihantar oleh pihak tadika ke klinik berhampiran tidak berapa lama selepas insiden itu. Namun pihak klinik mengesahkan mangsa telah meninggal dunia lebih kurang 40 minit selepas mulutnya disellotape. 

Bapa mangsa juga mendakwa, apabila ambulans tiba, anaknya telah meninggal dunia lebih kurang 30 minit. 

Berdasarkan status yang dimuat naik lelaki itu yang berang mendakwa pihak berkuasa Huadian cuba menutup kes tersebut dan tiada pihak yang berwajib mahupun polis yang tampil memberi penjelasan berhubung kejadian itu. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pusat informasi media sosial Huadian, bantuan ambulans telah dikerahkan ke tadika itu pada jam 10.19 pagi, 12 Jun. 

Guru di tadika tersebut menghantar mangsa ke klinik selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri, sebelum menghubungi datuknya yang kemudian menemani mangsa ke hospital. 

Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi di hospital sebelum sempat mendapat rawatan sepenuhnya. 

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan mulut mangsa dilekat dengan pita selofan atau sebaliknya. Malah tidak menyatakan jika mangsa dituduh terlalu banyak bercakap. 

Difahamkan, kes itu sedang disiasat oleh pihak polis. Guru tadika berkenaan juga telah diambil keterangan dan diberhentikan dari tadika serta-merta. - The Reporter


Thus Article Kanak-kanak maut selepas mulut ditutup guna pita selofan

Itulah artikel Kanak-kanak maut selepas mulut ditutup guna pita selofan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kanak-kanak maut selepas mulut ditutup guna pita selofan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/kanak-kanak-maut-selepas-mulut-ditutup.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kanak-kanak maut selepas mulut ditutup guna pita selofan"

Catat Ulasan

Loading...