Tajuk : Kanak-Kanak Kepala Besar Meninggal Dunia
link : Kanak-Kanak Kepala Besar Meninggal Dunia
Kanak-Kanak Kepala Besar Meninggal Dunia
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang mengalami keadaan di mana saiz kepalanya membesar dua kali ganda berbanding saiz normal, telah meninggal dunia.
Roona Begum, yang mendapat perhatian dunia selepas keadaannya itu didedahkan pada 2013, meninggal dunia di rumahnya di sebuah kampung di kawasan pedalaman India.
Menurut ibunya, Fatima Begum, anaknya itu mengalami kesukaran bernafas.
“Dia sebelum ini sihat namun Ahad lalu, dia mula alami kesukaran bernafas dan saya menghubungi suami saya memintanya balik ke rumah dengan segera.
“Suami saya berkejar balik ke rumah dan memberinya air sebelum dibawa ke hospital namuan Roona telah meninggal dunia,’’ kata Fatima.
Pada 2013, ibu bapanya yang terdesak telah meminta bantuan media untuk membolehkan anak mereka mendapatkan pertolongan.
Hospital di New Delhi kemudiannya bersetuju untuk merawat Roona secara percuma.
Sepanjang tempoh empat tahun ini, Roona telah menjalani lapan pembedahan dan saiz kepalanya berjaya dikurangkan daripada 94cm kepada 58cm.
Roona bagaimanapun tidak boleh duduk atau makan tanpa bantuan. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCUpDI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kanak-Kanak Kepala Besar Meninggal Dunia
Anda sedang baca artikel Kanak-Kanak Kepala Besar Meninggal Dunia dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/kanak-kanak-kepala-besar-meninggal-dunia.html
0 Response to "Kanak-Kanak Kepala Besar Meninggal Dunia"
Catat Ulasan