Tajuk : Kad Audio Creative The Sound BlasterX AE-5 Dilancarkan Untuk Penggemar Audio Berkualiti Tinggi
link : Kad Audio Creative The Sound BlasterX AE-5 Dilancarkan Untuk Penggemar Audio Berkualiti Tinggi
Kad Audio Creative The Sound BlasterX AE-5 Dilancarkan Untuk Penggemar Audio Berkualiti Tinggi
Bilakah kali terakhir anda membeli kad audio untuk PC anda? Kami masih ingat kali terakhir kami membelinya ialah pada tahun 2001 dan ia adalah sebuah Creative Audigy Platinum. Kad ini hadir dengan aksesori tambahan untuk melakukan rakaman audio berkualiti tinggi dan sambungan MiDi. Kad audio diperlukan kerana pemproses pada waktu tersebut tidak cukup berkuasa. Memainkan MP3 boleh menyebabkan komputer gagal berfungsi.
Creative masih wujud dan mereka melancarkan kad audio baru Creative Sound BlasterX AE-5. Kad audio ini dikatakan mempunyai 32 kali ganda kemampuan audio kad audio terbina pada papan induk komputer biasa. Ia hadir dengan DAC ESS Sabre dengan sokongan 122dB 32-bit/384kHz. Kad ini mampu menyokong fon telinga biasa hinggalah fon telinga berkualiti studio tanpa masalah.
Sistem audio sehingga 7.1 disokong. Bagi golongan gamer pula perisian Scout 2.0 ialah radar yang menunjukkan lokasi sumber berdasarkan sumber audio mereka. Bagi golongan modders, sistem lampu Aurora Reactive Lighting System yang menyokong 16.8 Juta warna disertakan sekali bagi membuatkan kad audio ni berkelip seperti lampu di malam Aidilfitri. Creative Sound BlasterX AE-5 dijual pada harga $150 (~RM 639) sebuah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rYFNzJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Kad Audio Creative The Sound BlasterX AE-5 Dilancarkan Untuk Penggemar Audio Berkualiti Tinggi
Anda sedang baca artikel Kad Audio Creative The Sound BlasterX AE-5 Dilancarkan Untuk Penggemar Audio Berkualiti Tinggi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/kad-audio-creative-sound-blasterx-ae-5.html
0 Response to "Kad Audio Creative The Sound BlasterX AE-5 Dilancarkan Untuk Penggemar Audio Berkualiti Tinggi"
Catat Ulasan