Loading...

Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup

Loading...
Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup
link : Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup

Baca juga


Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup

MALAYSIAKINI


Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini memaklumkan peningkatan kos sara hidup antara punca pertambahan jumlah asnaf fakir dan miskin di negeri itu.

Menurut mimbar, jumlah golongan asnaf fakir dan miskin di Selangor meningkat sebanyak 2,207 keluarga pada tahun 2016 menjadi 46,500 keluarga berbanding tahun sebelumnya.

"Peningkatan sebanyak 2,207 keluarga fakir miskin ini mendorong kepada peningkatan bantuan dan keutamaan pengagihan zakat kepada mereka berbanding asnaf-asnaf yang lain.

"Pertambahan jumlah asnaf fakir dan miskin di Selangor ini kerana beberapa faktor antaranya ialah peningkatan kos sara hidup yang membebankan dan berlakunya pemberhentian kakitangan secara beramai-ramai akibat daripada pihak majikan yang ingin menurunkan kos operasi," menurut teks khutbah.

Sementara itu, mimbar juga mengingatkan sidang Jumaat segera melunaskan kewajipan zakat fitrah demi beroleh ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT dan memberi kegembiraan kepada golongan fakir dan miskin.

Di samping itu, mimbar berkata sidang Jumaat juga harus memastikan segala harta yang diwajibkan zakat telah dizakatkan.

"Selain itu pastikan juga sumber pendapatan, perniagaan yang diusahakan, pengeluaran wang dari simpanan KWSP dan lain-lain juga telah selesai dizakatkan," kata mimbar dalam teks khutbah bertajuk “Zakat; Menyucikan Jiwa Menyuburkan Harta”.

Berdasarkan laporan kutipan dan agihan zakat fitrah Selangor, pada tahun 2016 sebanyak RM22.2 juta telah diperoleh daripada umat Islam yang menunaikan zakat fitrah.

Pada tahun yang sama, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengagihkan sebanyak RM32 juta kepada 46,500 keluarga asnaf fakir dan miskin di negeri itu

LZS juga turut menyasarkan kutipan zakat RM700 juta pada tahun ini, untuk menampung agihan sebanyak RM670 juta.




Thus Article Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup

Itulah artikel Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/jumlah-asnaf-miskin-meningkat-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jumlah asnaf miskin meningkat kerana kos hidup"

Catat Ulasan

Loading...