Loading...

Jerayawara Perangi Buli Akan Diadakan Di Sekolah

Loading...
Jerayawara Perangi Buli Akan Diadakan Di Sekolah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jerayawara Perangi Buli Akan Diadakan Di Sekolah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jerayawara Perangi Buli Akan Diadakan Di Sekolah
link : Jerayawara Perangi Buli Akan Diadakan Di Sekolah

Baca juga


Jerayawara Perangi Buli Akan Diadakan Di Sekolah

GEORGE TOWN – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengadakan jerayawara dan kempen memerangi gejala buli di sekolah, yang akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri ini.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya akan memasukkan kempen memerangi gejala buli itu dalam kempen kesedaran mengenai Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 dan jenayah seksual.

“Kita juga nak memastikan bahawa segala tindakan diambil sebab kita hendak gejala membuli ini dihentikan. Bagi saya penalti yang sebenarnya adalah yang seberat-berat mungkin. Ini hendak menghindar, saya bukan saja-saja nak menghukum.

“Saya nampak dalam masa sebulan dua ni (gejala buli) berleluasa pula. Adakah negara kita nak dicemari dengan banyak kes buli…kita adalah sebuah negara maju, ada undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas melawat mendiang T. Nhaveen di Krematorium Batu Gantung, di sini hari ini.

Nhaveen, 18, yang dibuli dan dipukul sehingga mengalami kecederaan parah oleh sekumpulan remaja awal pagi Sabtu lepas di Jalan Kaki Bukit, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 6 petang semalam.

Rohani menyeru masyarakat untuk bersama memerangi gejala buli terutamanya membabitkan remaja dan pelajar sekolah.

Beliau berkata institusi kekeluargaan perlu memainkan peranan dalam memupuk semangat kasih sayang dan saling menghormati antara sesama manusia sekali gus melahirkan generasi yang bertoleransi dan tidak agresif.

“Bantu kami di kementerian sebab akhirnya nanti kita semua terkesan. Jangan biarkan ia terjadi kepada kita dan anggota keluarga. Keluarga itu sudah cukup menderita,” katanya.

Dalam kejadian pada 2.10 pagi Sabtu lepas, lima remaja berusia antara 16 dan 18 tahun dilapor memukul Nhaveen dan rakan baiknya T. Previin menggunakan topi keledar.

Previin yang turut cedera dan sedang dirawat di HPP bagaimanapun dapat melarikan diri ketika mereka dikatakan cuba diheret ke padang berdekatan.

Nhaveen yang mengalami kecederaan parah dilapor turut mengalami kesan koyak pada duburnya akibat ditusuk objek tumpul serta kesan terbakar di bahunya.

Susulan kejadian itu, polis menahan lima remaja termasuk dua pelajar tingkatan empat dan lima bagi membantu siasatan kes itu yang kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCBtmv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Jerayawara Perangi Buli Akan Diadakan Di Sekolah

Itulah artikel Jerayawara Perangi Buli Akan Diadakan Di Sekolah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jerayawara Perangi Buli Akan Diadakan Di Sekolah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/jerayawara-perangi-buli-akan-diadakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jerayawara Perangi Buli Akan Diadakan Di Sekolah"

Catat Ulasan

Loading...