Loading...

Jenazah Rehman Rashid selamat dikebumikan

Loading...
Jenazah Rehman Rashid selamat dikebumikan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jenazah Rehman Rashid selamat dikebumikan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jenazah Rehman Rashid selamat dikebumikan
link : Jenazah Rehman Rashid selamat dikebumikan

Baca juga


Jenazah Rehman Rashid selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR: Jenazah penulis dan wartawan veteran Rehman Rashid, 62, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Kubu Bharu Road di sini pada 2.30 petang tadi.

Terdahulu jenazah dibawa ke Masjid Jamek Ar Rahimah, Kuala Kubu Bharu dari Hospital Selayang untuk disembahyangkan.

Anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan Allahyarham hadir pada majlis solat jenazah dan pengkebumian.

Menurut adiknya Rafique, 59, Allahyarham yang mengalami serangan jantung Januari lepas meninggal dunia kira-kira 6.30 pagi tadi di Hospital Selayang akibat jangkitan paru-paru.

Beliau berkata sejak mengalami serangan jantung, abangnya berada dalam keadaan tidak stabil dan dimasukkan ke Hospital Selayang untuk rawatan.

"Mulanya dia alami jangkitan paru-paru dan oleh sebab itu tidak cukup oksigen dari paru-parunya yang turut menjejaskan jantungnya.

"Namun dia semakin baik dari sehari ke sehari, malah doktor berkata dia menunjukkan tanda-tanda positif. Tetapi pagi ini dia kembali kritikal sebelum meninggal dunia," kata Rafique.

Beliau berkata keluarganya berharap agar masyarakat mengingati arwah abangnya sebagai seorang yang sangat mencintai negara dan sejarahnya.

"Dia amat mencintai negaranya, dia mahu rakyat Malaysia belajar mengenai sejarah negara. Dia percaya setiap orang perlu membaca lebih banyak kesusasteraan dan menulis kisah mereja sendiri agar kita boleh memahami dengan lebih baik antara satu sama lain," katanya.

Sementara itu pelakon dan bekas rakan sekerja Allahyarham di New Straits Times, Fatimah Abu Bakar berkata Allahyarham merupakan seorang individu yang mempunyai minat mendalam terhadap bidang penulisan.

" Saya diletakkan di meja rencana, dia pula di bawah meja berita. Tetapi kami memang sangat rapat kerana dia merupakan bekas rakan rumah saya.

"Dia seorang yang gemar kepada susunan kata-kata. Pakar menyusun kata yang mengagumkan. Dia pandai menyusun perkataan walaupun dia berkelulusan bidang biologi marin," katanya.

Allahyarham pernah bertugas dengan New Straits Times sebagai Editor Bersekutu dan kolumnis serta dengan Asiaweek di Hong Kong.

Rehman turut menghasilkan beberapa buku seperti Peninsula: A Story of Malaysia dan A Malaysian Journey selain pernah menerima anugerah Wartawan Terbaik 1985 daripada Institut Akhbar Malaysia (MPI).

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rmJUpf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Jenazah Rehman Rashid selamat dikebumikan

Itulah artikel Jenazah Rehman Rashid selamat dikebumikan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jenazah Rehman Rashid selamat dikebumikan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/jenazah-rehman-rashid-selamat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jenazah Rehman Rashid selamat dikebumikan"

Catat Ulasan

Loading...