Loading...

Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat

Loading...
Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat
link : Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat

Baca juga


Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat

KUANTAN: Jenazah dua juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 yang maut dalam nahas pesawat di Chukai, Terengganu pagi ini tiba di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pada pukul 5.10 petang.

Turut berada di jabatan forensik HTAA ialah Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed dan Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.

Tinjauan Bernama di perkarangan jabatan itu mendapati jenazah Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, tiba dengan menaiki dua buah ambulans, setelah dibawa keluar dari kawasan hutan berpaya di Chukai dengan helikopter.

Yazmi berasal dari Titiwangsa, Kuala Lumpur manakala Mohd Hasri berasal dari Felda Lui Muda, Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan.

Difahamkan pihak TUDM sedang membuat aturan untuk membawa keluarga Mohd Hasri yang menetap di Labuan, Sabah ke Kuantan, manakala keluarga Yazmi menetap di Kuantan.

Tinjauan mendapati di perkarangan Unit Forensik HTAA ketika ini hanya dipenuhi oleh anggota dan pegawai tentera, manakala isteri dan anggota keluarga Yazmi ditempatkan di bilik khas di Unit Kecemasan hospital itu sementara proses bedah siasat dilakukan pada malam ini.

Kedua-dua juruterbang disahkan meninggal dunia selepas pesawat jenis Hawk 108 itu dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai pagi ini.

Jenazah kedua-dua mangsa ditemukan pada pukul 2.30 petang tadi, kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Kuantan, dalam keadaan masih memakai payung terjun.

Mayat kedua-dua pegawai TUDM itu ditemukan dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain.

Pagi ini, TUDM mengesahkan pesawat jenis Hawk 108 itu hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu di sempadan Terengganu dan Pahang, setelah terputus hubungan pada 11.30 pagi tadi.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rkeUDC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat

Itulah artikel Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/jenazah-dua-juruterbang-tudm-dibawa-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat"

Catat Ulasan

Loading...