Loading...

Jangan sampai TMJ angkat kaki - Timbalan Presiden FAM

Loading...
Jangan sampai TMJ angkat kaki - Timbalan Presiden FAM - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jangan sampai TMJ angkat kaki - Timbalan Presiden FAM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jangan sampai TMJ angkat kaki - Timbalan Presiden FAM
link : Jangan sampai TMJ angkat kaki - Timbalan Presiden FAM

Baca juga


Jangan sampai TMJ angkat kaki - Timbalan Presiden FAM

KUALA LUMPUR: Penyokong dan media diminta supaya tidak terburu-buru mengkritik Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia  (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanya kerana kekalahan Malaysia 1-2 kepada Lubnan, baru-baru ini.

Timbalan Presiden FAM Datuk Yusoff Mahadi berkata Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu baru memulakan tugas 84 hari lepas dan adalah tidak adil untuk pelbagai pihak melontarkan kritikan secara peribadi terhadap baginda.

“Kekalahan itu menjadi bahan bualan di sesetengah akhbar dan media sosial seolah-olah presiden yang bersalah. Saya risau jika perkara ini diperbesar-besarkan, baginda akan angkat kaki.

“Kita perlu memberi sokongan di atas usaha dan pembaharuan yang dilakukan oleh TMJ. Baginda tidak memerlukan FAM, tetapi FAM dan penyokong sangat memerlukan baginda.

“Kita pernah mengalami situasi sukar apabila presiden sebelum ini melepaskan jawatan sebelum penggal berakhir, kita tak nak perkara ini berulang. Jika ada pemimpin baru pun, tidak pasti beliau boleh membawa kemenangan dalam semua perlawanan selepas ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Aksi Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan itu, merupakan perlawanan pertama skuad Harimau Malaya, selepas TMJ mengambil alih pucuk kepimpinan FAM pada Mac lalu.

Sementara itu, Yusoff yang juga pengurus pasukan Bawah 22 (B-22) negara, berkata ketua jurulatih skuad itu, Datuk Ong Kim Swee akan mengenal pasti 25 pemain selepas aksi persahabatan menentang Melaka United pada Khamis ini, untuk persediaan kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Bangkok, pada Julai dan Sukan SEA ke-29, Ogos ini.

“Selepas 25 pemain dikenal pasti, kita akan menghantar surat panggilan kepada semua persatuan yang terlibat untuk mereka melepaskan pemain masing-masing. Sekiranya ada masalah, kita akan bincang dengan mereka dan mencari penyelesaian terbaik.

“Kita mahu situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak untuk mencari jalan terbaik... Kalau tidak boleh capai persetujuan, keutamaan nasional akan diberi perhatian,” katanya.

Prestasi pasukan itu sepanjang tiga aksi persahabatan di China yang menyaksikan kekalahan 0-1 menentang skuad B-22 China, seri 2-2 berdepan skuad Guangzhou R & F dan kemenangan 3-1 ke atas pasukan simpanan Guangzhou Evergrande baru-baru ini memuaskan kita,” katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rCmaix

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Jangan sampai TMJ angkat kaki - Timbalan Presiden FAM

Itulah artikel Jangan sampai TMJ angkat kaki - Timbalan Presiden FAM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jangan sampai TMJ angkat kaki - Timbalan Presiden FAM dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/jangan-sampai-tmj-angkat-kaki-timbalan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jangan sampai TMJ angkat kaki - Timbalan Presiden FAM"

Catat Ulasan

Loading...