Loading...

Jangan perjudi masa depan pilih kerajaan salah - Kayveas

Loading...
Jangan perjudi masa depan pilih kerajaan salah - Kayveas - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Jangan perjudi masa depan pilih kerajaan salah - Kayveas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Jangan perjudi masa depan pilih kerajaan salah - Kayveas
link : Jangan perjudi masa depan pilih kerajaan salah - Kayveas

Baca juga


Jangan perjudi masa depan pilih kerajaan salah - Kayveas

KUALA LUMPUR: Rakyat tidak harus memperjudikan masa depan dengan memilih kerajaan yang salah pada pilihan raya umum ke-14 (PRU 14), kata Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas.

Beliau berkata situasi 'Parlimen tergantung' yang berlaku di Britain selepas berakhir pilihan raya umum yang menyaksikan kerajaan Parti Konservatif pimpinan Theresa May hilang majoriti di Parlimen, harus dijadikan teladan oleh rakyat Malaysia ketika memilih kerajaan pada PRU akan datang.

Menegaskan bahawa hanya Barisan Nasional (BN) yang boleh memberikan kestabilan berterusan di negara ini, beliau berkata BN merupakan parti kukuh yang berjuang untuk seluruh rakyat selain memastikan kesejahteraan dan keharmonian masyarakat majmuk Malaysia.

"Di Malaysia kita boleh lihat parti-parti pembangkang yang tiada perjuangan untuk rakyat, falsafah atau prinsip, malah menubuhkan parti baharu untuk kepentingan diri sendiri. Dia nak kuasai sahaja, antara mereka bergaduh siapa nak jadi perdana menteri, itu pun belum selesai lagi," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahunan MyPPP ke-3 Bahagian Lembah Pantai di sini pada Sabtu.

Kayveas berkata kebanyakan negara gagal apabila tidak mempunyai asas kerajaan yang kukuh.

"Oleh itu rakyat perlu lebih berhati-hati dalam mengundi, kepada siapa mereka undi, siapa yang mereka mahu menjadi pemimpin, " katanya.

Kayveas berkata melalui kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Malaysia telah mencapai pelbagai kemajuan sejak lima tahun lepas.

"Transformasi negara ini adalah besar, kecepatan transformasi yang berlaku adalah yang terpantas jika dibandingkan dengan negara membangun lain dalam melaksanakan sesuatu perkara.

"Rakyat seharusnya mendapat manfaat daripada keadaan ini. Mereka perlu memberi mandat yang kuat kepada pemimpin, yang bermakna sekadar mengundi BN adalah tidak memadai. Kita memerlukan majoriti 2/3 yang baik bagi membawa lebih banyak perubahan dan bagi melihat negara berada di tahap yang berlainan dan mara ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50)," katanya.

Mesyuarat parti itu diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama masyarakat sekitar Lembah Pantai. Yang turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rNoZfe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Jangan perjudi masa depan pilih kerajaan salah - Kayveas

Itulah artikel Jangan perjudi masa depan pilih kerajaan salah - Kayveas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Jangan perjudi masa depan pilih kerajaan salah - Kayveas dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/jangan-perjudi-masa-depan-pilih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jangan perjudi masa depan pilih kerajaan salah - Kayveas"

Catat Ulasan

Loading...