Loading...

‘JANGAN LUPAKAN NAJIB DALAM SIASATAN FGV’

Loading...
‘JANGAN LUPAKAN NAJIB DALAM SIASATAN FGV’ - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘JANGAN LUPAKAN NAJIB DALAM SIASATAN FGV’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘JANGAN LUPAKAN NAJIB DALAM SIASATAN FGV’
link : ‘JANGAN LUPAKAN NAJIB DALAM SIASATAN FGV’

Baca juga


‘JANGAN LUPAKAN NAJIB DALAM SIASATAN FGV’

Ketika tumpuan awam diberikan kepada Tan Sri Isa Samad dan Zakaria Arshad, mungkinkah terdapat sosok lain yang mungkin dapat merungkai kemelut dalaman Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV), iaitu perdana menteri sendiri?

Naib Ketua Pemuda AMANAH Shazni Munir Mohd Ithnin berkata Datuk Seri Najib Razak juga perlu tampil mengambil tanggungjawab penuh dalam isu itu.

“Beliau dilihat sebagai punca utama yang berada di belakang Isa Samad dalam mengawal perjalanan Felda selama ini,” katanya.

Kemelut FGV bermula apabila Isa dilihat cuba menyingkirkan Zakaria yang dikaitkan dengan tunggakan hutang sebuah syarikat asing kepada anak syarikat itu Delima Oil Sdn Bhd.

Zakaria bagaimanapun menolak bertanggungjawab kerana skim kredit yang diguna pakai telah berlangsung sejak sebelum beliau menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) lagi dan ia tidak sampai 0.2 peratus daripada perolehan kumpulan perniagaan itu.

Kebanyakan pemimpin pembangkang pula cenderung menyatakan sokongan terhadap Zakaria manakala anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata kedua-dua mereka harus berundur untuk memberi peluang kepada muka baru untuk menjana keuntungan kepada peneroka.

Dalam kenyataan hari ini, Shazni berkata siasatan audit dalaman yang diumumkan Isa sebagai pengerusi FGV juga perlu diperluas melibatkan pihak lain.

Ini termasuk Najib, keseluruhan operasi FGV dan Isa sendiri.

“Kami berpendirian sebarang proses siasatan tanpa melibatkan perdana menteri hanyalah wayang untuk mengekalkan beliau di puncak kuasa,” katanya.

Shazni juga mengaitkan kerugian Felda, termasuk pada suku ketiga tahun lepas, dengan dakwaan penyelewengan.

Pemuda AMANAH juga membangkitkan kebimbangan mereka terhadap paras nilai saham FGV yang kini berlegar-legar antara RM1.40 hingga RM1.90 seunit, sedangkan ia dikatakan akan menjadi “durian runtuh” buat warga Felda.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCo0wM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article ‘JANGAN LUPAKAN NAJIB DALAM SIASATAN FGV’

Itulah artikel ‘JANGAN LUPAKAN NAJIB DALAM SIASATAN FGV’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘JANGAN LUPAKAN NAJIB DALAM SIASATAN FGV’ dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/jangan-lupakan-najib-dalam-siasatan-fgv.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘JANGAN LUPAKAN NAJIB DALAM SIASATAN FGV’"

Catat Ulasan

Loading...