Loading...

Isa Samad Letak Jawatan, Kini Jadi "Pemangku Pengerusi SPAD" Pula !

Loading...
Isa Samad Letak Jawatan, Kini Jadi "Pemangku Pengerusi SPAD" Pula ! - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isa Samad Letak Jawatan, Kini Jadi "Pemangku Pengerusi SPAD" Pula !, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isa Samad Letak Jawatan, Kini Jadi "Pemangku Pengerusi SPAD" Pula !
link : Isa Samad Letak Jawatan, Kini Jadi "Pemangku Pengerusi SPAD" Pula !

Baca juga


Isa Samad Letak Jawatan, Kini Jadi "Pemangku Pengerusi SPAD" Pula !

PETALING JAYA: Tan Sri Isa Abdul Samad hari ini meletak jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd, beberapa jam selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pagi tadi.
Peletakan jawatan itu diumumkan dalam dokumen difailkan di Bursa Malaysia.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata, Isa “berhenti daripada pelantikannya sebagai pengarah yang dilantik kerajaan untuk memberi perhatian kepada tanggungjawab peribadinya”.
Isa yang dilantik sebagai pengerusi dan pengarah eksekutif bukan bebas FGV mulai 1 Januari 2011, kini memangku tugas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), jawatan yang dikosongkan selepas persaraan Tan Sri Syed Hamid Albar pada 3 Jun lalu.
Peletakan jawatan Isa selepas spekulasi pelantikan pakar ekonomi veteran, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob yang mempunyai 4 dekad pengalaman termasuk mengetuai Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Bernama memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai mengumumkan Sulaiman sebagai pemangku pengerusi FGV bagi menggantikan Isa.
Perletakan jawatan Isa juga di sebalik kemelut dihadapi syarikat gergasi itu yang berdepan pelbagai tuduhan salah laku dan siasatan yang turut melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Isa, yang dilantik mengetuai FGV pada 2011, sebelum ini terlibat dalam pertelagahan terbuka dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yang kini bercuti sementara siasatan dijalankan.
Najib dipetik Bernama sebagai berkata, kedudukan Zakaria akan ditentukan Lembaga Pengarah FGV selepas semua siasatan selesai. #sumber


Thus Article Isa Samad Letak Jawatan, Kini Jadi "Pemangku Pengerusi SPAD" Pula !

Itulah artikel Isa Samad Letak Jawatan, Kini Jadi "Pemangku Pengerusi SPAD" Pula ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isa Samad Letak Jawatan, Kini Jadi "Pemangku Pengerusi SPAD" Pula ! dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/isa-samad-letak-jawatan-kini-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isa Samad Letak Jawatan, Kini Jadi "Pemangku Pengerusi SPAD" Pula !"

Catat Ulasan

Loading...