Loading...

Isa cengkam 'keberanian' Najib

Loading...
Isa cengkam 'keberanian' Najib - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Isa cengkam 'keberanian' Najib, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Isa cengkam 'keberanian' Najib
link : Isa cengkam 'keberanian' Najib

Baca juga


Isa cengkam 'keberanian' Najib

 
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

1. PELANTIKAN Tan Sri Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan bahawa transformasi dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hanyalah satu kepalsuan. Najib ternyata tiada keberanian dan keazaman politik untuk mengenepikan individu-individu bermasalah dari berada dalam struktur pemerintahannya.

2. Bahkan, tindakan tersebut membuktikan kronisme dan nepotisme yang wujud apabila jawatan dan kedudukan menjadi ‘agihan’ dibahagi-bahagi atas kepentingan diri, dan bukannya atas merit keupayaan atau kepakaran dimiliki. Malah, turut membayangkan saling berpakat atau bersekongkol melindungi kecurangan masing-masing. Malang sekali, hak awam telah jadi pertaruhan yang merugikan.
3. Kami khuatir, keberadaan Isa di SPAD hanya akan menimbulkan masalah baharu di entiti itu. Sedang kemelut di Felda mungkin tidak akan selesai kerana FGV ditubuhkan Isa bersama kukunya yang mencengkam. Malah, Isa dilihat telah mencapai misi pertembungan beliau dengan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad yang dimusuhinya apabila Zakaria turut ‘disingkirkan’ hari ini.

4. Walhal, siasatan ke atas Zakaria masih berlangsung dan belum dibuktikan sebarang tuduhan. Namun, episod drama dimainkan Najib seperti lazimnya akan mengkambing-hitamkan atau menjatuhkan pihak yang tidak seia sekata dengannya. Kami bimbang, keadaan menjadi semakin parah dan tidak menuju penyelesaian diharapkan, sedangkan banyak pihak menerima kesannya.

5. Impian membebas dan mengangkat semula hak golongan peneroka Felda juga masih dibayangi kesangsian sekiranya Tan Sri Sulaiman Mahbob yang dilantik selaku Pemangku Pengerusi FGV akan menjadi ‘robot kawalan jauh’. Profesionalisme yang ada padanya hanya akan sia-sia jika pengaruh politik berkepentingan terus campur tangan dalam usaha pemulihan Felda.

6. Menyesali sikap dayus Najib itu, kami menggesa anak muda termasuk seluruh warga Felda agar cermat meneliti lakonan sedang dilayarkan ini dan terus berjuang menuntut hak, serta bersatu menuju perubahan. Hanya pentadbiran Islam menjadi sandaran dan jaminan penyelesaian terhadap semua kemelut yang telah berlarutan sekian lama ini.

“Sejahtera Bersama Islam”

“Mara Menuju Cita”

*WAN NORDIN WAN YAACOB, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan



Thus Article Isa cengkam 'keberanian' Najib

Itulah artikel Isa cengkam 'keberanian' Najib Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Isa cengkam 'keberanian' Najib dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/isa-cengkam-keberanian-najib.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isa cengkam 'keberanian' Najib"

Catat Ulasan

Loading...