Loading...
Tajuk : Insiden Van Rempuh Pejalan Kaki Berulang Di London
link : Insiden Van Rempuh Pejalan Kaki Berulang Di London
Insiden Van Rempuh Pejalan Kaki Berulang Di London
SEBUAH van merempuh sekumpulan pejalan kaki di kaki lima berdekatan Masjid Finsbury Park, London malam tadi.
Menurut laporan AP, polis berkata serangan itu berlaku sejurus selepas umat Islam meninggalkan masjid itu selepas menunaikan solat terawih.
Seorang lelaki yang memandu van terbabit berjaya ditahan oleh orang ramai yang berada berdekatan lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis.
Menurut beberapa orang saksi, mangsa yang dirempuh merupakan umat Islam yang baru keluar daripada masjid berkenaan.
Beberapa jalan raya di kawasan terbabit ditutup sementara pihak polis memperketatkan kawalan di kawasan masjid berkenaan.
Kelihatan sebuah helikopter dan puluhan kereta polis berada di kawasan berkenaan, namun setakat ini tiada kenyataan rasmi berhubung perkembangan kejadian itu.
Sebelum ini serangan yang menggunakan modus operandi yang sama turut berlaku di London Bridge menyebabkan 48 cedera sementara 21 orang dilaporkan kritikal. – MYNEWSHUB.CC
Thus Article Insiden Van Rempuh Pejalan Kaki Berulang Di London
Itulah artikel Insiden Van Rempuh Pejalan Kaki Berulang Di London Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Insiden Van Rempuh Pejalan Kaki Berulang Di London dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/insiden-van-rempuh-pejalan-kaki_18.html
0 Response to "Insiden Van Rempuh Pejalan Kaki Berulang Di London"
Catat Ulasan