Loading...

Insiden Pulang Beraya, Budak Dilanggar Pemabuk

Loading...
Insiden Pulang Beraya, Budak Dilanggar Pemabuk - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Insiden Pulang Beraya, Budak Dilanggar Pemabuk, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Insiden Pulang Beraya, Budak Dilanggar Pemabuk
link : Insiden Pulang Beraya, Budak Dilanggar Pemabuk

Baca juga


Insiden Pulang Beraya, Budak Dilanggar Pemabuk


PERJALANAN pulang sekeluarga dari menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur terjejas selepas seorang daripada ahli keluarga tersebut terlibat dalam kemalangan di kawasan rehat di plaza tol Ipoh, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan empat tahun cedera di leher selepas dilanggar seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk.

Menerusi satu rakaman video yang dikongsikan pembaca memaparkan seorang lelaki memandu kereta jenis Mercedes Benz sedang dikawal dua anggota polis dan orang ramai selepas didakwa menyebabkan kecederaan ke atas seorang kanak-kanak.

Pembaca yang enggan namanya didedahkan berkata, suspek dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sebelum memasuki kawasan plaza tol Ipoh.

Menurutnya, suspek dipercayai melanggar sebuah kereta jenis Honda sebelum melanggar kanak-kanak malang tersebut.

“Suspek masuk ke kawasan rehat tersebut dan cuba membuat pusingan U dalam keadaan membahayakan.

“Ketika membuat pusingan U tersebut, suspek telah melanggar penghadang jalan menyebabkan ia pecah.

“Serpihan batu penghadang jalan tersebut terkena mangsa yang berada berdekatan dengan kawasan kejadian,” katanya.

Katanya, mangsa yang bersama keluarganya itu dalam perjalanan pulang ke Perlis dan berhenti rehat di kawasan tersebut sebelum meneruskan perjalanan.

Menurutnya, suspek berjaya ditahan orang ramai dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – MYNEWSHUB.CC



Thus Article Insiden Pulang Beraya, Budak Dilanggar Pemabuk

Itulah artikel Insiden Pulang Beraya, Budak Dilanggar Pemabuk Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Insiden Pulang Beraya, Budak Dilanggar Pemabuk dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/insiden-pulang-beraya-budak-dilanggar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Insiden Pulang Beraya, Budak Dilanggar Pemabuk"

Catat Ulasan

Loading...