Tajuk : Hassan sarat sengsara, air mata
link : Hassan sarat sengsara, air mata
Hassan sarat sengsara, air mata
Khusus untuk Aidilfitri ini, penerbit dan pengarah Shuhaimi Lua Abdullah menerbitkan tiga telefilem raya iaitu Balik Raya Ke, Restu Ramadan Semalam dan Hassan.
Berbeza dengan Balik Raya Ke dan Restu Ramadan Semalam yang bergenre komedi, Hassan lebih menyayat hati.
Ia mengisahkan Hassan lakonan Redzwan Adha yang dibela ibu dan bapa angkat. Namun, Hassan berdepan dugaan apabila kedua-duanya meninggal dunia menyebabkan dia hilang tempat menumpang kasih.
Lebih malang apabila abang angkatnya, Fuad pula amat membencinya.
Menjawab persoalan kenapa ketika semua orang gembira meraikan Aidilfitri, tetapi Shuhaimi menerbitkan telefilem Hassan yang sarat dengan kesengsaraan dan air mata.
Menurut Shuhaimi, dalam bersuka ria, mereka yang kurang bernasib baik jangan dilupakan.
“Hassan melambangkan kasih sayang sesama manusia. Menjadi lumrah dalam masyarakat, kanak-kanak seperti Hassan sering dihina masyarakat tanpa mereka sedar Hassan juga ada hak untuk hidup bahagia.
“Walaupun Hassan masih kecil tetapi dia mempunyai nilai kasih sayang yang kuat dalam dirinya. Walaupun dia dipukul abang angkatnya, Hassan tetap berpegang teguh kepada pesanan arwah ibu bapa angkatnya untuk menjaga hubungan dengan Fuad,” katanya.
Menurut Shuhaimi, dalam kehidupan ini mesti ada kesabaran dan sifat itulah yang ada pada Hassan.
Khas untuk telefilem Hassan juga, Shuhaimi dan Ianz Fariz mencipta lagu serta lirik berjudul Nilai Kasih untuk dijadikan lagu tema cerita itu yang dinyanyikan Izzmad Harun.
“Saya sangat mementingkan lagu tema supaya dapat melayari dan membuai perasaan penonton ketika mereka menontonnya. Saya terpaksa mencipta sendiri lagu untuk telefilem Hassan kerana saya dapati lagu sedia ada tiada yang sesuai dengan jalan cerita Hassan,” katanya.
Sebelum ini, Shuhaimi juga pernah mencipta lagu tema untuk dua lagi drama terbitan dan arahannya, Namaku Bedah (nyanyian Syafiq Ikhwan) dan Cinta Bersegi-Segi (Mawar Rashid dan Izzmad Harun).
“Penciptaan lagu itu juga bergantung pada masa yang ada. Jika terlalu dekat dengan tarikh siaran, saya pilih saja lagu yang ada dan pastikan liriknya hampir sama dengan jalan cerita telefilem itu,” katanya.
Sinopsis
Selepas kematian ibu dan bapa angkat yang membelanya sejak kecil, Hassan terpaksa menguruskan dirinya sendiri.
Hassan tinggal bersama abang angkatnya, Fuad tetapi lelaki itu tidak pernah melayannya dengan baik.
Ada saja kemarahan dan penghinaan yang dilemparkan kepada Hassan yang dianggap tidak berguna itu.
Begitu juga dengan penduduk kampung seperti Jah, tetapi suaminya Pak Jabit dan anak, Liya, melayan Hassan dengan baik.
Tiada siapa yang mahu berkawan dengan Hassan kerana dia kotor, comot dan tidak bersekolah namun dia sangat pandai berdikari termasuk mencari wang saku sendiri.
Sepanjang tinggal dengan Fuad dia sering menjadi mangsa deraan lelaki itu dan pernah dibaling topi keledar. Fuad sangat membenci Hassan sejak dia kecil lagi dan perasaan itu kekal sehinggalah kematian orang tua mereka.
Jah juga tidak habis-habis menghina Hassan namun Liya yang juga seorang guru sering memberi semangat kepada Hassan.
Telefilem ini bakal ditayangkan pada hari raya pertama, jam 5 petang di TV3.
Selain Redzwan, telefilem ini turut menampilkan lakonan Syafiq Kyle, Man Kadir, Nonny Nadirah, Rosnah Mat Aris dan Fimie Don.
The post Hassan sarat sengsara, air mata appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sSEALw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Hassan sarat sengsara, air mata
Anda sedang baca artikel Hassan sarat sengsara, air mata dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/hassan-sarat-sengsara-air-mata.html
0 Response to "Hassan sarat sengsara, air mata"
Catat Ulasan