Loading...

Harimau Malaya tumbang

Loading...
Harimau Malaya tumbang - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Harimau Malaya tumbang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Harimau Malaya tumbang
link : Harimau Malaya tumbang

Baca juga


Harimau Malaya tumbang



Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my
HASRAT Harimau Malaya untuk memulakan kempen Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 di bawah kendalian jurulatih baru dari Portugal Nelo Vingada dengan bergaya tidak kesampaian apabila tewas 1-2 tangan Lubnan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Pemain sayap kanan Mahali Jasuli meletakkan pasukan tuan rumah di ambang kemenangan sebelum Lubnan bangkit menerusi dua gol jaringan pemain gantian Rabih Ataya pada babak kedua.

Selepas aksi pertama dengan Korea Utara yang ditunda dua kali pada 28 Mac dan 8 Jun kepada 5 Oktober, perlawanan dengan Lubnan ini amat dinantikan penyokong tempatan untuk melihat sejauh mana kemampuan Vingada mengendalikan pasukan.

Malah turut mencuri perhatian dua pemain, kapten Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal yang kembali menyarung jersi kebangsaan selepas hampir setahun bersara di pentas antarabangsa.

Tiada apa yang mendebarkan pada 30 minit pertama selain dua sepakan penalti Lubnan yang dinafikan oleh pengadil dari Bahrain Jameel Juma Abdul Husain Mohamed.

Harimau Malaya hanya mula mengancam kubu pasukan pelawat menerusi percubaan Syazwan Zainon yang sedikit tersasar dalam kotak penalti di minit ke-40.

Bagaimanapun skuad kebangsaan yang menduduki ranking ke-155 dunia mengejutkan Lubnan (135) dengan gol pendahuluan tiga minit kemudian.

Mahali yang pada awalnya disorak oleh segelintir penyokong kerana kehadirannya dalam skuad utama dipertikaikan menghukum kesilapan penjaga gol Lubnan Mehdi Kahlil dengan mudah menyepak masuk bola ke gawang.

Skuad Lubnan kendalian Miodrag Radulovic yang menewaskan Hong Kong 2-0 pada aksi pertama kumpulan Mac lalu lebih banyak mengasak pada separuh masa kedua sehingga memaksa penjaga gol Khairul Azhan Khalid menyelamatkan beberapa percubaan bahaya.

Namun hasrat anak buah Vingada untuk memungut tiga mata di laman sendiri tidak kesampaian apabila sepakan lencong pemain gantian Rabih Ataya mengelirukan Khairul Azhan untuk mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-80 sebelum gol kemenangan pada masa kecederaan.

Harimau Malaya akan meneruskan kempen menentang Hong Kong pada 5 September depan di Larkin.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2017 @ 11:56 PM


Thus Article Harimau Malaya tumbang

Itulah artikel Harimau Malaya tumbang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Harimau Malaya tumbang dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/harimau-malaya-tumbang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Harimau Malaya tumbang"

Catat Ulasan

Loading...