Loading...

Hanipa: Kenapa takut Sarawak Report jika ia pembohongan?

Loading...
Hanipa: Kenapa takut Sarawak Report jika ia pembohongan? - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hanipa: Kenapa takut Sarawak Report jika ia pembohongan?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hanipa: Kenapa takut Sarawak Report jika ia pembohongan?
link : Hanipa: Kenapa takut Sarawak Report jika ia pembohongan?

Baca juga


Hanipa: Kenapa takut Sarawak Report jika ia pembohongan?

MALAYSIAKINI


Mengapa takut dengan Sarawak Report dan menyekatnya jika laman web pendedah maklumat itu sekadar memutar-belitkan pembohongan?

Itu persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dalam akaun Facebook beliau malam tadi.

Tanpa menyebut sebarang nama, Hanipa berkata beliau berasa 'kasihan' terhadap seorang menteri dari 'kerajaan kleptokratik' yang dilaporkan menggesa orang ramai agar tidak percaya terhadap laporan yang disiarkan oleh laman web pendedah maklumat itu.

"Saya kesian dengan kenyataan seorang menteri kerajaan kleptokrat yang dilaporkan dalam Malaysiakini yang minta rakyat jangan percaya berita Sarawak Report.

"Kesian. Bila kamu minta rakyat jangan percaya, logiknya berita Sarawak Report tidak berwibawa dan tidak beri kesan kepada kerajaan kleptokrat. Maka kerajaan kleptokrat tidak perlu takut dengan Sarawak Report.

"Justeru, tidak ada sebab atau ada keperluan untuk kerajaan kleptokrat nak haramkan Sarawak Report melalui Suruhanjaya (Komunikasi dan) Multimedia. Itulah cara hujah secara logik!

"Bila kamu haramkan Sarawak Report, lepas itu kata pula jangan percaya Sarawak Report, itu hujah tak logik. Kan bagus kamu kata jangan percaya dengan saya atau Umno. (Itu) baru nampak logik!

Pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak baru-baru ini yang meminta rakyat negara ini tidak mempercayai portal Sarawak Report.

"Sarawak Report ialah akhbar atas talian yang hanya bertujuan untuk memfitnah pemimpin kita.

"Seperti yang kita tahu ada dokumen yang mereka ubah suai. Kredibiliti mereka dipertikaikan.

"Hakikatnya semua yang mereka laporkan tidak benar. Bekas editor mereka sendiri mengakuinya," kata Salleh



Thus Article Hanipa: Kenapa takut Sarawak Report jika ia pembohongan?

Itulah artikel Hanipa: Kenapa takut Sarawak Report jika ia pembohongan? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hanipa: Kenapa takut Sarawak Report jika ia pembohongan? dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/hanipa-kenapa-takut-sarawak-report-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hanipa: Kenapa takut Sarawak Report jika ia pembohongan?"

Catat Ulasan

Loading...