Loading...

Hamilton Ungguli GP Kanada

Loading...
Hamilton Ungguli GP Kanada - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hamilton Ungguli GP Kanada, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hamilton Ungguli GP Kanada
link : Hamilton Ungguli GP Kanada

Baca juga


Hamilton Ungguli GP Kanada


MONTREAL: Lewis Hamilton membuktikan keserasiannya dengan Grand Prix (GP) Kanada apabila memenangi perlumbaan buat kali keenam dan merapatkan jurang dengan pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1), Sebastian Vettel kepada 12 mata.

Selepas menyaksikan Ferrari mengungguli tempat pertama dan kedua di Monaco dua minggu lalu, Mercedes bangkit dengan pemanduan cemerlang Hamilton yang menjelmakan kemenangan ke-56 kariernya, 19.7 saat di depan rakan sepasukan Valterri Bottas.

Ia adalah kemenangan ketiga Hamilton musim ini dan ketiga berturut-turut di Litar Gilles Villeneuve.

"Saya mendapat petak utama pertama di sini, kemenangan sulung di sini 10 tahun lalu dan mengulanginya minggu ini sesuatu yang cukup istimewa," kata Hamilton.

"Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada pasukan kerana menjadikan ia realiti. Mereka di kilang bekerja keras untuk memperbaiki kelemahan di perlumbaan sebelumnya, membawanya ke sini dan menyaingi Ferrari. Saya amat gembira."

Pemandu British itu sepatutnya mampu merapatkan lagi jurang mata dengan Vettel tetapi pemandu Jerman itu bangkit menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas mengalami kerosakan sayap depan kereta yang membuatkan dia tercicir ke kelompok belakang.

Pemandu Red Bull Daniel Ricciardo dari Australia di tempat ketiga, untuk tiga perlumbaan berturut-turut berada di tangga terakhir podium. - REUTERS


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2simNO4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Hamilton Ungguli GP Kanada

Itulah artikel Hamilton Ungguli GP Kanada Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hamilton Ungguli GP Kanada dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/hamilton-ungguli-gp-kanada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hamilton Ungguli GP Kanada"

Catat Ulasan

Loading...