Loading...

Halang Berbuka Puasa, Muhyiddin Terkilan Tapi Sumbangan Tetap Di Berikan

Loading...
Halang Berbuka Puasa, Muhyiddin Terkilan Tapi Sumbangan Tetap Di Berikan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Halang Berbuka Puasa, Muhyiddin Terkilan Tapi Sumbangan Tetap Di Berikan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Halang Berbuka Puasa, Muhyiddin Terkilan Tapi Sumbangan Tetap Di Berikan
link : Halang Berbuka Puasa, Muhyiddin Terkilan Tapi Sumbangan Tetap Di Berikan

Baca juga


Halang Berbuka Puasa, Muhyiddin Terkilan Tapi Sumbangan Tetap Di Berikan

PETALING JAYA: Bantahan sesetengah pihak tidak akan menghalang Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin menganjurkan majlis berbuka puasa dan sumbangan beras dalam kawasannya.
Beliau akui sedikit terkilan apabila pihak pejabat kadi daerah dan ahli jawatankuasa sebuah masjid tidak membenarkan beliau menganjurkan majlis tersebut dalam kawasan masjid, yang dijadualkan berlangsung esok.
Namun beliau masih mahu menyerahkan sumbangan beras kepada masjid dan madrasah di Parlimen Pagoh, dan oleh itu menukar lokasi acara ke perkarangan rumah seorang penduduk di Pekan Kundang Ulu, Tangkak.
“Saya agak terkilan sebab saya di dalam pembangkang sekarang tidak dibenarkan. Apapun saya akan teruskan,” kata Muhyiddin melalui rakaman yang diterima.
“Saya percaya orang Pagoh semua tahu perkara yang saya buat ini bukan muslihat politik. Kita nak sampaikan bantuan kepada semua 40 lebih masjid sebagaimana sejak saya menjadi wakil rakyat.”
Semalam, presiden PPBM itu dilaporkan tidak dibenarkan menganjurkan majlis tersebut di Masjid An-Nur Pekan Kundang Ulu, Tangkak.
Menurut Timbalan Ketua Bahagian PPBM Pagoh, Datuk Tahir Mohd Taat, larangan itu disampaikan melalui surat yang difakskan ke Pejabat Pusat Komuniti Parlimen Pagoh oleh Pejabat Kadi Daerah Tangkak.
Dalam surat bertarikh 31 Mei yang ditanda tangani oleh Kadi Daerah Tangkak, Mohd Nasri Rahman memberitahu keputusan itu dibuat berikutan AJK Masjid An-Nur tidak bersetuju memberi kebenaran kepada Muhyiddin.
Menurut surat berkenaan, pihak pejabat kadi membuat keputusan itu demi menghormati “kepentingan semua pihak”. #sumber


Thus Article Halang Berbuka Puasa, Muhyiddin Terkilan Tapi Sumbangan Tetap Di Berikan

Itulah artikel Halang Berbuka Puasa, Muhyiddin Terkilan Tapi Sumbangan Tetap Di Berikan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Halang Berbuka Puasa, Muhyiddin Terkilan Tapi Sumbangan Tetap Di Berikan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/halang-berbuka-puasa-muhyiddin-terkilan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Halang Berbuka Puasa, Muhyiddin Terkilan Tapi Sumbangan Tetap Di Berikan"

Catat Ulasan

Loading...