Loading...

Guna media sosial promosi lagu

Loading...
Guna media sosial promosi lagu - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Guna media sosial promosi lagu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Guna media sosial promosi lagu
link : Guna media sosial promosi lagu

Baca juga


Guna media sosial promosi lagu

Nama penyanyi Syed Ahmad Kamarul S Mahthar dan Noor Doty Rasul Khan mungkin kurang dikenali peminat muzik arus perdana tanah air.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri yang selesa dikenali sebagai Syed Lj dan KD Sofea ini gembira kerana dikenali dan diterima baik peminat di Johor.

Apatah lagi Syed Lj sebelum ini pernah menganggotai kumpulan nasyid Access yang popular dengan lagu Cinta Yang Sama dan kumpulan Nautiqa yang dikenali menerusi lagu Sahabat di bawah naungan Arteffect International milik Hafiz Hamidun.

Manakala KD Sofea juga tidak kurang hebat apabila tampil dengan album Zikir Buat Raneeya.

Pasangan ini kemudian memberanikan diri tampil dengan single pertama berjudul Tercipta Buatmu dan seterusnya single kedua berjudul Bukan Dia.

“Alhamdulillah respons yang diterima sangat baik kerana ada peminat mengakui terkesan dengan lagu ini sehingga menitiskan air mata,” kata Syed.

Terbaru, mereka bergandingan lagi menerusi lagu Jom Raya yang dihasilkan bagi meraikan ketibaan Aidilfitri.

“Kami berdua memang minat menyanyi. Alhamdulillah kami dapat sokongan padu daripada kawan-kawan yang sentiasa beri galakan.

“Undangan yang diterima untuk persembahan di sekitar Johor Bahru memang banyak dan ini sudah memadai buat kami. Bahkan saya sendiri pernah terbabit sebagai suara latar untuk album solo Azmi Caliph Buskers,” katanya.

Biarpun kedua-duanya bekerja sebagai penjawat awam, ia bukanlah alasan untuk membataskan minat mereka dalam nyanyian.

KD Sofea berkata, mereka juga tidak gentar dengan persaingan kerana percaya rezeki masing-masing sudah ditentukan Allah SWT.

“Mungkin kami jauh di selatan tanah air, tapi kami menggunakan saluran media sosial untuk mempromosikan single kami.

“Selain itu kami juga masih bergantung kepada stesen radio bagi memainkan lagu ini dan kerjasama yang diberikan oleh penyampai radio juga amat baik,” katanya.

Pasangan yang sering kali dijemput menjadi juri pertandingan nyanyian ini berharap ada syarikat rakaman berminat mengambil mereka sebagai artis nanti.

Bercakap mengenai persembahan pula, mereka sering tampil menyanyikan lagu artis popular antaranya Wany Hasrita, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi.

The post Guna media sosial promosi lagu appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t3Lknh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Guna media sosial promosi lagu

Itulah artikel Guna media sosial promosi lagu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Guna media sosial promosi lagu dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/guna-media-sosial-promosi-lagu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guna media sosial promosi lagu"

Catat Ulasan

Loading...