Loading...
Tajuk : Ganja RM1.8 Juta Terapung Di Laut
link : Ganja RM1.8 Juta Terapung Di Laut
Ganja RM1.8 Juta Terapung Di Laut
Gara-gara terkejut dengan kehadiran sekumpulan pemancing, tiga lelaki disyaki ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa bertindak membuang 629 kilogram (kg) ketulan mampat ganja bernilai RM1.8 juta ke dalam laut di perairan Pulau Cupu, Langkawi dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, tiga penyeludup terbabit dikatakan bertindak sedemikian selepas menyangka kumpulan pemancing tersebut anggota penguat kuasa.
Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim (DM) 1 Langkawi yang menerima maklumat berhubung kejadian terus bergegas ke lokasi dan menemui sebanyak 16 bungkusan hitam mengandungi kira-kira 629kg ketulan mampat disyaki ganja.
Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain Mohd. Omar berkata, sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu, bot Petir 81 yang sedang melakukan rondaan rutin dalam Operasi Satria Utara bergegas ke lokasi di kedudukan 6.5 batu nautika barat daya Pulau Cupu.
“Hasil pemeriksaan di lokasi berkenaan menemui beberapa objek berwarna hitam terapung di laut dan hasil pemeriksaan mendapati ia mengandungi ketulan mampat daun kering disyaki ganja.
“Walau bagaimanapun, bot nelayan kelas B yang dilaporkan mencampakkan objek hitam itu ke laut tidak kelihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHNKtw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Ganja RM1.8 Juta Terapung Di Laut
Itulah artikel Ganja RM1.8 Juta Terapung Di Laut Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Ganja RM1.8 Juta Terapung Di Laut dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/ganja-rm18-juta-terapung-di-laut.html
0 Response to "Ganja RM1.8 Juta Terapung Di Laut"
Catat Ulasan