Loading...

Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi

Loading...
Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi
link : Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi

Baca juga


Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi


PETALING JAYA: Cubaan tiga lelaki untuk menyamun sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Jalan SS6/12 Kelana Jaya di sini, gagal selepas mereka panik apabila penggera keselamatan di situ berbunyi, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengahari itu, tiga suspek yang memakai topi keledar berpenutup gelap masuk ke premis terbabit dengan dua daripadanya memegang objek seperti pistol manakala seorang lagi membawa tukul besi bersaiz besar.

Sumber memberitahu, salah seorang suspek kemudian mengarahkan tiga pekerja wanita dalam kedai emas itu supaya tidak menjerit sebelum mengarahkan seorang daripadanya membuka kunci tempat pameran kaca dari dalam.

"Suspek cuba tarik keluar dulang barang kemas tetapi belum sempat berbuat demikian, penggera keselamatan berbunyi kerana dulang terbabit dipasang alat penderia.

"Kesemua suspek panik dan kelam kabut lari keluar dari kedai terbabit tanpa sempat melarikan barang kemas. Bagaimanapun beberapa saat kemudian, mereka masuk semula ke kedai dan salah seorang memecahkan ruang pameran berhampiran kaunter.

"Penggera terus berbunyi dan sekali lagi kesemua suspek kelam kabut keluar dari kedai emas terbabit dan melarikan diri, dipercayai dengan dua buah motosikal iaitu Yamaha 125Z berwarna biru dan Honda Spacy berwarna merah," kata sumber.

Kata sumber lagi, semakan mendapati salah sebuah motosikal terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu manakala sebuah lagi tidak dapat dipastikan nombor pendaftarannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi BH, mengesahkan kejadian itu dan usaha memburu kesemua suspek kini sedang dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan iaitu cuba melakukan rompakan. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rgdk9Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi

Itulah artikel Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/gagal-samun-kedai-emas-3-penjenayah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gagal Samun Kedai Emas, 3 Penjenayah Panik Penggera Berbunyi"

Catat Ulasan

Loading...