Loading...

Fama jumpa petani harumanis

Loading...
Fama jumpa petani harumanis - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Fama jumpa petani harumanis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Fama jumpa petani harumanis
link : Fama jumpa petani harumanis

Baca juga


Fama jumpa petani harumanis

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan mengadakan pertemuan dengan petani mempelam harumanis di Perlis, selain jabatan dan agensi terlibat untuk membincangkan pelan pemasaran komprehensif tanaman itu.
 
Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Ishak berkata perjumpaan yang akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri itu juga bagi membincangkan usaha meningkatkan kualiti dan standard buah tersebut.
 
"Kita akan membetulkan kelemahan yang ada dalam industri harumanis seperti isu menuai sebelum buah matang, aspek penggredan buah dan penentuan harga supaya kita dapat letakkan buah harumanis ini di tahap atau standard tertentu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran Jualan Khas Pasar Tani Pra-Syawal di Pasar Tani Bukit Angkasa, Ahad.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai permintaan petani mempelam harumanis di Perlis yang mahukan Fama membantu memasarkan hasil tanaman mereka.
 
Katanya, Fama selaku agensi yang menyediakan pemasaran pertanian bersedia membantu petani mempelam harumanis.
 
Malah, jelasnya Fama telah mengadakan pelbagai program termasuk menyediakan tempat khusus di Lembah Klang untuk pengusaha harumanis menjual terus buah itu kepada pengguna selain mempromosi makanan berasaskan isi buah berkenaan.
 
Ahmad berkata pihaknya turut memberi pilihan kepada petani harumanis untuk menjual hasil mereka kepada pusat operasi Fama mengikut harga dan gred tertentu seperti A, B serta C selain menggalakkan rakyat Malaysia membeli buah-buahan tempatan.
 
 


Thus Article Fama jumpa petani harumanis

Itulah artikel Fama jumpa petani harumanis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Fama jumpa petani harumanis dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/fama-jumpa-petani-harumanis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Fama jumpa petani harumanis"

Catat Ulasan

Loading...