Loading...

Empat 'Datuk' antara enam individu ditahan SPRM

Loading...
Empat 'Datuk' antara enam individu ditahan SPRM - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Empat 'Datuk' antara enam individu ditahan SPRM, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Empat 'Datuk' antara enam individu ditahan SPRM
link : Empat 'Datuk' antara enam individu ditahan SPRM

Baca juga


Empat 'Datuk' antara enam individu ditahan SPRM

MALAYSIAKINI


Enam individu termasuk empat bergelar 'Datuk' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana disyaki terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa melibatkan koperasi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mendaftar peminjam di bawah naungan mereka dalam sebuah syarikat jualan langsung (MLM).

SPRM dalam kenyataannya menyatakan mereka yang ditahan adalah pengerusi, setiausaha, bendahari, seorang anggota lembaga koperasi dan isterinya selain seorang individu daripada syarikat pembekal.

"Kesemua suspek disyaki memperdaya tidak kurang daripada 450 anggota koperasi di bawah naungan mereka, yang menghasilkan komisyen ratusan ribu ringgit bagi anggota-anggota lembaga berkenaan.

"Anggota-anggota koperasi tidak mengetahui yang mereka meminjam dan kemudian melabur dalam syarikat MLM itu, yang didaftarkan di bawah naungan ahli-ahli lembaga berkenaan," kata SPRM.

Bagaimanapun, SPRM tidak menyatakan lokasi, masa dan umur kesemua suspek yang ditahan.

Menurut SPRM kesemua yang ditahan itu juga disyaki menyalah guna kuasa dengan berpakat dengan seorang individu sebuah syarikat pembekal barang-barang keperluan pengguna bagi membolehkan koperasi berkenaan membeli dahulu barangan daripada syarikat pembekal sebelum menjual semula kepada syarikat pembekal yang sama.

"Transaksi ini berlaku hanya di atas kertas sahaja. Apabila anggota koperasi mahu membeli barangan itu, mereka perlu membuat pinjaman koperasi dan syarikat pembekal akan menjual barangan kepada anggota berkenaan.

"Kemudian pihak pembekal akan mengeluarkan invois tuntutan bayaran kepada koperasi berkenaan," menurut kenyataan SPRM itu.

SPRM menyatakan rasuah disyaki berlaku apabila syarikat pembekal menjual pada harga tinggi kepada koperasi dan syarikat itu menggunakan sebahagian daripada keuntungan untuk membayar kepada ahli-ahli lembaga koperasi yang terlibat.

SPRM dijangka memohon perintah reman terhadap enam individu itu hari ini.

Semasa dihubungi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan tangkapan itu namun enggan mengulas lanjut.- Bernama




Thus Article Empat 'Datuk' antara enam individu ditahan SPRM

Itulah artikel Empat 'Datuk' antara enam individu ditahan SPRM Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Empat 'Datuk' antara enam individu ditahan SPRM dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/empat-datuk-antara-enam-individu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Empat 'Datuk' antara enam individu ditahan SPRM"

Catat Ulasan

Loading...