Tajuk : EasyPhone – Cara Mudah Untuk Memiliki Telefon Pintar Terkini Dari Celcom
link : EasyPhone – Cara Mudah Untuk Memiliki Telefon Pintar Terkini Dari Celcom
EasyPhone – Cara Mudah Untuk Memiliki Telefon Pintar Terkini Dari Celcom
Suku kedua tahun ini telahpun memperlihatkan pelbagai telefon pintar terkini mula dijual, dari iPhone 7 Red Product, Huawei P10 dan terkini Samsung Galaxy S8 yang baru dilancarkan awal bulan lalu. Kini bagi memudahkan pengguna Celcom memilikinya, mereka hadir dengan tawaran EasyPhone untuk peranti Android dan iPhone.
Bermula awal Jun sehingga 31 Julai 2017, pengguna boleh mendapatkan pelbagai peranti terkini dan tawaran promosi ini sesuai bagi anda yang ingin menyambut hari raya dengan peranti terkini, atau bagi anda yang merancang untuk membelikan peranti baru buat ibu bapa anda mahupun ahli keluarga.
Pelan EasyPhone merupakan program bayaran ansuran selama 24 bulan yang akan dicajkan kepada penggunaan bulanan. Pengguna tidak perlu menggunakan kad kredit dan pilihan sebegini memudahkan mereka yang tidak memiliki cara pembayaran tersebut.
Jika anda ingin memiliki iPhone, terdapat tiga model yang boleh dipilih dengan dua pilihan pelan. Pelanggan haruslah sedia melanggan pelan Celcom FIRST Gold Plus atau FIRST Platinum dan akan membayar caj EasyPhone selama 24 bulan. Sebagai contoh anda boleh memiliki iPhone 7 32GB dengan harga caj bulanan RM 115 sebulan dengan melanggan FIRST Gold Plus, atau RM 95 jika anda melanggan FIRST Platinum.
|
|
|||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Harga Runcit | FIRST Platinum Tanpa Perlindungan (RM) | FIRST Platinum Dengan Perlindungan(RM) | FIRST Gold Tanpa Perlindungan(RM) | FIRST Gold Dengan Perlindungan(RM) | ||||
iPhone 7 32GB | RM 3,017.92 | 95 | 135 | 115 | 155 | |||
iPhone 7 128GB | RM 3,489.62 | 120 | 160 | 140 | 180 | |||
iPhone 7 256GB | RM 3,961.32 | 140 | 180 | 165 | 205 | |||
iPhone 7 Plus 32GB | RM 3,574.53 | 120 | 160 | 145 | 185 | |||
iPhone 7 Plus 128GB | RM 4,046.23 | 145 | 195 | 170 | 220 | |||
iPhone 7 Plus 256GB | RM 4,517.92 | 160 | 210 | 180 | 230 | |||
iPhone 6 32GB | RM 1,602.83 | 25 | 45 | 45 | 65 | |||
iPhone 6S 32GB | RM 2,546.23 | 70 | 100 | 90 | 120 | |||
iPhone 6S 128GB | RM 3,017.92 | 95 | 135 | 115 | 155 | |||
iPhone 6S Plus 32GB | RM 3,017.92 | 95 | 135 | 115 | 155 | |||
iPhone 6S Plus 128GB | RM 3,489.62 | 120 | 160 | 140 | 180 | |||
iPhone SE 32GB | RM 1,829.25 | 35 | 55 | 55 | 75 | |||
iPhone SE 128GB | RM 2,300.94 | 60 | 90 | 80 | 110 | |||
iPhone 5S | RM 1,225.47 | – | – | 25 | 45 |
Sekiranya pelanggan telahpun melanggan Celcom lebih daripada 12 bulan, tiada sebarang bayaran pendahuluan peranti diperlukan dan pelanggan boleh memilih untuk membayar caj bulanan Device Protection sebanyak RM 40 bagi melindungi peranti. Dibawah tawaran ini, peranti akan dilindungi dari kehilangan yang berlaku disebabkan kecurian, ragut, dan kes pecah rumah. Peranti juga akan menerima jaminan dari kemalangan dan kerosakan yang terjadi disebabkan oleh cecair.
Namun jika anda pelanggan baru Celcom kurang dari tempoh langganan selama 12 bulan, atau anda merupakan pelanggan yang melakukan penukaran talian MNP (Mobile Number Portability) , bayaran pendahuluan peranti perlu dilakukan dan akan direbatkan dalam tempoh 3 bulan. Dibawah kategori ini pengguna juga perlu mendaftar pembayaran bil bulanan secara automatik dari akaun bank pengguna.
|
|||
---|---|---|---|
Harga Runcit | EasyPhone Tanpa Perlindungan(RM) | EasyPhone Dengan Perlindungan(RM) | |
Samsung Galaxy S8 | RM 3,017.92 | 145 | 175 |
Samsung Galaxy S8+ | RM 3,489.62 | 165 | 195 |
Samsung Galaxy S7 Edge 128GB | RM 3,206.60 | 140 | 170 |
Samsung Galaxy Note 5 64GB | RM 2,263.21 | 100 | 120 |
Samsung Galaxy A5 (2017) | RM 1,602.83 | 70 | 85 |
Samsung Galaxy J5 (2016) | RM 753.77 | 35 | 45 |
Sony Xperia X | RM 2,074.53 | 90 | 110 |
Sony Xperia XA | RM 942.45 | 45 | 55 |
Huawei P10 Lite | RM 1,225.47 | 40 | 55 |
Huawei P10 | RM 2,357.55 | 110 | 130 |
Huawei P10 Plus | RM 2,923.58 | 135 | 155 |
Oppo A57 | RM 1,035.85 | 45 | 60 |
Oppo R9s | RM 1,724.53 | 75 | 90 |
Oppo R9s Plus | RM 2,356.60 | 105 | 125 |
Bagi anda yang berminat untuk memiliki peranti terkini Android seperti Huawei P10 atau Samsung Galaxy S8, menerusi tawaran EasyPhone Celcom ini anda bebas untuk memilih mana-mana pelan pascabayar Celcom FIRST. Anda boleh memiliki Samsung Galaxy S8 pada harga RM 145, atau Huawei P10 Plus pada harga RM 135 sebulan. Untuk peranti Android, caj bulanan untuk perlindungan Device Protection tertakluk kepada model yang dipilih.
Dengan penawaran EasyPhone untuk peranti iPhone dan Android, ia memudahkan lagi pelanggan Celcom untuk memiliki peranti terkini, tanpa perlu memiliki kad kredit dan pembayaran bulanan mampu milik, serta pilihan Device Protection yang melindungi peranti dan meningkatkan nilai. Dan tawaran ini sekaligus membolehkan anda beraya dengan memiliki telefon pintar terkini dengan pelan yang bagus dari Celcom.
Layari: EasyPhone Dari Celcom
Penafian: Advertorial dari Celcom
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tMRV4V
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article EasyPhone – Cara Mudah Untuk Memiliki Telefon Pintar Terkini Dari Celcom
Anda sedang baca artikel EasyPhone – Cara Mudah Untuk Memiliki Telefon Pintar Terkini Dari Celcom dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/easyphone-cara-mudah-untuk-memiliki.html
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsekarang lar boleh ambik hp terbaru mcm2 lar, tapi cara ni pon mcm sesuai i jugak kikiki...boleh ambik hp baru kt telco celcom..masih boleh consider dgn plan ni jugak kan lagi pon namapk dowang punya plan dgn ambik device tu elok juga ... aq phkiri lar nak ambik kt dowang je ataupon ambik 2nd handph je ...
BalasPadamaku bru je amik bln lpas..plan ni sesuai la utk org je krg bjet tp nk pkai fon urgent.byar blanan aku pun xmhl pon..klu ko nk pkai baik amik yg kna dgn bjet,sbb byk jnis model diorg offer
PadamKo amik fon apa?
PadamRasanya pelan ni bkn zero interest... fon ada yg murah, ada yg tak~
aq tak phama lar kenapa u nak ambik dekt telko sbb mesti nnti tipa2 bln susah nak byr je kan @@> ..nnt tak byr abis2 dah lar kelua modal yg baru better beli dekat kedai hp terus je ..sblm beli buat survya kt kedai hp dulu
Padam@SOFEA PEAR
Padammenarik , dowang ada buat utk iphone ke ?? sbb aq ni tgh plan nak beli jugak tapi tgh phikir nak ambik dekat telko mana sbb ada tgh tgh telko tu mcm kena ada kredit kad baru blh ambik .... :(
Alamak, pengguna baru kena byr pendahuluan ke? Plan aq lagi 2 bulan baru nak cukup setahun... Lps ni, ip8 masuk dlm list easyphone jugak ke? Klo ade, aq nak tunggu je. kekeke
BalasPadamRasanya ada, tapi blh sign up gold plus ngan platinum je. Sama ngan iphone model skrg. Tak payah tunggu ip8 pun takpe, sbb ip8 mesti mahal walaopun byr ngan installment.
Padamko cuba tgk kt online shopping mcm lazada ke amazon sbb kadang2 dowang ni ada buar promotio 15 % off ke mcm tu , klaw ambik telko mmg akan ada byk procedure ..leceh, stress je ..
Padam@maha ravin
Padamminta maaf , aq ni mmg takde interested nak beli kt online takot nanti dowang tipu .Klaw ada apa2 rosak ke susah pulak .Aq ni lebih prefer telko je sbb even aq ni nak buat mcm installement ...tapi thanks for the infor jugak ...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padam@luqman hakim iphone pun ada..byk model terbaru ada diorg offer..ikot kemampuan ko mn yg ko mmpu nk byar bulan2..aku bru je bli aritu,dh xpyh guna kredit kad dah pun..so suma golongan mmpu bli..mudah je cara pembeliaan dia..
BalasPadamtanpa kad kredit dkt telko pon boleh ambik ke , mcm tu ok lar kan .Sesuai utk org mcm i ada budget kan.nnti esok lepas kerje ni aq gi tgk kt center diowang ada hp apa ..terima kashi utk share infor...
Padamah betul jugak , sbb sekrg byk org nak ambik hp baru tu ada budget lagi pon org yg mcm saya ni mmg lar prefer mengambil peranti membayar secara ansuran kot tak mampu lar nak byr sekaligus byr ambik lagi pon di mana tidak smua orang ada kad kredit untk guna lar skrg ni ...
BalasPadamapa hang bagitau tu memang betul , sebab org yg baru graduate mcm i baru start kerja takde kad kredit smua pon lagi pon tak mampu lar nak beli denga bayr sekali ..baru start kerje wey ...mana ada byk duit kan so aq rasa ni lar salah satu cari boleh dpt hp yg mahal2 kan ..
BalasPadam