Loading...

‘Dr Ganja’ Hadapi 36 Tuduhan Dadah

Loading...
‘Dr Ganja’ Hadapi 36 Tuduhan Dadah - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Dr Ganja’ Hadapi 36 Tuduhan Dadah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Dr Ganja’ Hadapi 36 Tuduhan Dadah
link : ‘Dr Ganja’ Hadapi 36 Tuduhan Dadah

Baca juga


‘Dr Ganja’ Hadapi 36 Tuduhan Dadah


KLANG - Seorang pesara tentera bergelar ''Dr Ganja'' dihadapkan ke tiga mahkamah berasingan di sini hari ini atas 36 pertuduhan dadah termasuk 14 pertuduhan memiliki dadah disyaki kanabis yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Di hadapan Majistret Nor Asma Ahmad, Kapten (B) Amiruddin @ Nadarajan Abdullah, 58, didakwa atas 14 pertuduhan memiliki dadah disyaki jenis kanabis dengan anggaran berat kasar 97,995 gram di sebuah rumah di Kampung Delek Dalam di sini, kira-kira 12.30 tengah hari pada 26 Mei lepas.

Kesemua pertuduhan adalah mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Amiruddin mengangguk faham selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Di hadapan Hakim Suzana Hussin, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap 18 pertuduhan menanam 18 tumbuhan dari mana dadah disyaki kanabis boleh diperoleh sama ada secara langsung ataupun sebaliknya, di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi 18 pertuduhan itu, Amiruddin didakwa mengikut Seksyen 6B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6B (3) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali, jika sabit kesalahan.

Sementara di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memiliki dadah disyaki jenis kanabis dengan anggaran berat kasar 55 gram, satu pertuduhan memasukkan kanabis ke dalam badannya dan satu pertuduhan memiliki perkakas yang digunakan untuk menghisap dadah disyaki jenis kanabis.

Amiruddin didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di rumah di Kampung Delek Dalam dan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, pada 12.30 tengah hari dan 10 malam, 26 Mei lepas.

Bagi keempat-empat pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6, Seksyen 15 (1)(a) dan Seksyen 10 (2)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketiga-tiga mahkamah tidak membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin dan menetapkan tarikh yang sama iaitu 28 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syed Farid Syed Ali, Aliah Atiqah Razali dan Rizal Azani Zainal Adzam sementara tertuduh diwakili peguam Farhan Maaruf.

Media sebelum ini melaporkan kejayaan polis menumpaskan sindiket jualan ganja secara online dengan menggunakan pelbagai taktik, termasuk memasarkannya dalam bentuk susu, coklat, madu, dan kek.

Sindiket yang menggunakan jolokan nama ''Dr Ganja'' itu dilaporkan turut menawarkan perkhidmatan perubatan bagi tujuan penjualan dadah bagi mengubati semua jenis penyakit yang tidak mampu dirawat di hospital. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r9uzKd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article ‘Dr Ganja’ Hadapi 36 Tuduhan Dadah

Itulah artikel ‘Dr Ganja’ Hadapi 36 Tuduhan Dadah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Dr Ganja’ Hadapi 36 Tuduhan Dadah dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/dr-ganja-hadapi-36-tuduhan-dadah_9.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "‘Dr Ganja’ Hadapi 36 Tuduhan Dadah"

Catat Ulasan

Loading...