Loading...

Dicabul Supaya Mengaku Sebagai Pengganas.

Loading...
Dicabul Supaya Mengaku Sebagai Pengganas. - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dicabul Supaya Mengaku Sebagai Pengganas., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dicabul Supaya Mengaku Sebagai Pengganas.
link : Dicabul Supaya Mengaku Sebagai Pengganas.

Baca juga


Dicabul Supaya Mengaku Sebagai Pengganas.

mereka akan diseksa jika mereka enggan mengaku sebagai pengganas sedangkan pada hakikatnya mereka bukanlah pengganas.

KUALA LUMPUR: Hidup di negara yang bergolak bukanlah sesuatu yang indah bagi rakyat yang merasai semua penderitaan seksaan demi seksaan sehingga merobek maruah dan keimanan mereka saban hari.

Syria merupakan salah sebuah negara yang sedang bergolak sekarang dan ramai di antara kita yang tidak mengambil kisah tentang penderitaan yang di tanggung oleh rakyat mereka kerana menganggap itu negara luar.

Hanya mereka yang mengikuti perkembangan negara terbabit sahaja betapa sengsaranya rakyat Syria, mereka berkata bahawa mereka akan diseksa jika mereka enggan mengaku sebagai pengganas sedangkan pada hakikatnya mereka bukanlah pengganas.

Mazen Al Hummada yang ditemui dalam satu temu bual sebuah forum krisis yang membelenggu rakyat Syria telah menceritakan kisah yang dialami olehnya sendiri yang diseksa oleh rejim kerajaan Syria pimpinan Bashar Al Assad.

"Mereka baringkan saya atas lantai dan tulang rusuk saya patah. Kemudian mereka terbalikkan saya dan terus memukul saya.

"Empat orang berbadan besar berdiri dan memijak badan saya," katanya.

Selepas ditangkap kerana menentang rejim Bashar, Mazen bukan sahaja dipenjara selama 15 bulan tetapi diseksa.

"Mereka kata disebabkan kamu tidak mahu mengaku, mereka menggantung saya. Kedua-dua pergelangan tangan saya digari kemudian menggantung saya dengan ketinggian 40 sentimeter.

"Mereka gantung saya dan tangan saya terlalu sakit sebab beban berat badan semua di tangan saya. Rasa seperti hendak tercabut. Bila saya jerit mereka sumbat kasut ke mulut saya dan menyuruh saya diam," katanya.

Bukan hanya serangan fizikal, malah besi panas dan rokok turut dijadikan sebagai alat penyeksaan.

"Apabila saya tidak mahu mengaku, mereka menggunakan rokok dan besi panas dan dicucuh ke seluruh kaki saya dan kini semuanya berparut," ujarnya.

Tambah Mazen, walaupun mangsa adalah kanak-kanak, penyeksaan tetap dilakukan.

Hanya satu tujuan, dakwa Mazen tahanan dipaksa mengaku sebagai pengganas sekali gus menggunakan akuan tersebut dalam laporan yang dihantar ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Saya tidak faham akan seksaan yang dilakukan dan ia meninggalkan trauma yang cukup mendalam. Saya minta maaf kerana terpaksa cerita ini kerana ia melampaui maruah saya.

"Mereka menggunakan pengepit besi dan diletakkan di kemaluan saya. Kemudian mereka mengetatkannya. Selepas itu, besi pula dimasukkan ke dalam pinggul saya," katanya sambil menitiskan air mata.

Sanggup terbang sejauh lebih 7,000 kilometer ke Malaysia, Mazen tekad mendedahkan kepada seluruh dunia kekejaman rejim Bashar.

Ikuti video kisah penderitaan Mazen sebagai tahanan di tanah air sendiri.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rO6B5F

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Dicabul Supaya Mengaku Sebagai Pengganas.

Itulah artikel Dicabul Supaya Mengaku Sebagai Pengganas. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dicabul Supaya Mengaku Sebagai Pengganas. dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/dicabul-supaya-mengaku-sebagai-pengganas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dicabul Supaya Mengaku Sebagai Pengganas."

Catat Ulasan

Loading...