Loading...

DHPP sasar letak lebih ramai calon pada PRU14

Loading...
DHPP sasar letak lebih ramai calon pada PRU14 - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk DHPP sasar letak lebih ramai calon pada PRU14, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : DHPP sasar letak lebih ramai calon pada PRU14
link : DHPP sasar letak lebih ramai calon pada PRU14

Baca juga


DHPP sasar letak lebih ramai calon pada PRU14

Oleh Syed Muaz Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mahu bertanding lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan tidak lama lagi.
 
Ketuanya N Balasubramaniam berkata sekiranya hasrat itu tidak tercapai, sekurang-kurangnya wakil DHPP akan mengekalkan kerusi yang ditandingi seperti pilihan raya negeri sebelum ini pada 2008.
 
"Setakat ini memang senarai nama calon di beberapa kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah dihantar tetapi berapa banyak kita akan bertanding belum lagi diputuskan.
 
"Belum tahu lagi jumlah yang kawasan, tidak lama lagi akan diberitahu berapa kawasan DHPP akan bertanding," katanya kepada Antarapos.
 
PAS sebelum ini meletakkan calon daripada kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertnding di Sarawak dan Johor pada PRU13.
 
Dua calon DHPP berkenaan adalah bekas Ketua DHPP Hu Pang Chaw yang bertanding di Parlimen Ayer Hitam manakala R Kumutha yang mengggunakan simbol PKR pada pilihan raya umum 2008 dikekalkan di DUN Tiram pada PRU13.
 
Balasubramaniam menambah PAS Pusat akan menentukan perkara itu namun berharap lebih banyak calon DHPP diangkat menjadi calon tidak kira sama ada kerusi Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN).
 
"Dulu satu Parlimen dan dua DUN tapi pada kali ini kita harap lebih daripada sebelumnya.
 
"Sebab kita nak mengagak pun tak baik juga, jadi tunggu sahaja maklumat daripada Jabatan Pilihan Raya PAS," katanya.
 
Ditanya sekiranya wakil DHPP memenangi kerusi ditandingi, beliau berkata wakil sayap itu mampu membuktikan bahawa perjuangan PAS adalah relevan untuk semua kaum dan bukan hanya kepada Islam.
 
"Sebab wakil DHPP yang bertanding kebanyakannya di kawasan bukan Islam, saya rasa sekarang rakyat dah mengenali DHPP sebagai sayap dalam PAS.
 
"Ini tidak akan menjadi masalah dari segi undian sebab pengundi itu kalau nak pilih yang terbaik," katanya.
 
Beliau juga tidak mengganggap isu berlainan kaum akan menjejaskan sokongan pengundi kepada mereka.
 
Pencalonan calon bukan Islam bagi mewakili PAS telah dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama parti itu yang menetapkan syarat antara lain bahawa calon berkenaan mestilah seseorang yang berpegang kepada prinsip dan perjuangan parti.
 
Hu dan Kumutha merupakan orang bukan Islam yang pertama menjadi calon bertanding di bawah tiket parti Islam tersebut.
 
 


Thus Article DHPP sasar letak lebih ramai calon pada PRU14

Itulah artikel DHPP sasar letak lebih ramai calon pada PRU14 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel DHPP sasar letak lebih ramai calon pada PRU14 dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/dhpp-sasar-letak-lebih-ramai-calon-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DHPP sasar letak lebih ramai calon pada PRU14"

Catat Ulasan

Loading...