Tajuk : Dapat Upah Ribuan Ringgit Beli Makanan Kaki Ponteng Puasa
link : Dapat Upah Ribuan Ringgit Beli Makanan Kaki Ponteng Puasa
Dapat Upah Ribuan Ringgit Beli Makanan Kaki Ponteng Puasa
Siapa sangka, hanya belikan makanan orang ponteng puasa je boleh jaga pendapatan ribuan ringgit sebulan.
Itu pengakuan seorang bekas pekerja sebuah kilang di pinggir kota yang hanya mahu dikenali sebagai Zira, 29.
“Setiap kali bulan puasa saya boleh buat pendapatan sampingan hanya dengan ambil upah beli makanan kawan-kawan sekerja, boleh cecah ribuan ringgit,”.
Walaupun sedar perbuatan bersubahatnya itu berdosa di sisi agama, dia tetap meneruskan kegiatan itu dan hanya memikirkan soal pulangan yang akan diperolehnya.
“Saya memang tak malu, orang nak kata apa pun, katalah. Lagipun sebagai perempuan kita ada waktu-waktu tak boleh puasa.
“Seminggu saya beli di satu kedai ini, minggu berikutnya saya beli di kedai lain. Jadi tak nampak ketara sangat,” katanya.
Zira berkata, dia mengambil upah antara RM2 hingga RM3 bagi satu kepala pada mereka yang menggunakan perkhidmatannya.
“Faham sajalah kerja kilang, angkat-angkat barang. Stor kilang akan jadi sasaran untuk kawan-kawan tak puasa ni makan. Bulan puasa gaji saya bersih sebab banyak duit dari hasil upah ni.
“Sempat la dalam tiga tahun saya buat kerja tu. Tapi sejak berhenti kerja lima tahun lalu, saya dah tak buat. Bila fikir balik sampai bila nak makan duit hasil upah macam tu,” katanya.
Zira bagaimanapun mengakui walaupun menjadi orang tengah membeli makanan untuk kaki ponteng puasa, dia tetap berpuasa seperti biasa.
Sumber: Harian Metro
Koleksi video viral edisi 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rZ8deq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Dapat Upah Ribuan Ringgit Beli Makanan Kaki Ponteng Puasa
Anda sedang baca artikel Dapat Upah Ribuan Ringgit Beli Makanan Kaki Ponteng Puasa dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/dapat-upah-ribuan-ringgit-beli-makanan.html
0 Response to "Dapat Upah Ribuan Ringgit Beli Makanan Kaki Ponteng Puasa"
Catat Ulasan