Loading...

Dakwaan Tanpa Tindakan Jejas Kredibiliti DOJ

Loading...
Dakwaan Tanpa Tindakan Jejas Kredibiliti DOJ - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dakwaan Tanpa Tindakan Jejas Kredibiliti DOJ, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dakwaan Tanpa Tindakan Jejas Kredibiliti DOJ
link : Dakwaan Tanpa Tindakan Jejas Kredibiliti DOJ

Baca juga


Dakwaan Tanpa Tindakan Jejas Kredibiliti DOJ

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menuntut Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat supaya mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan terbaru mereka berkait isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya tanpa mengemukakan bukti yang kukuh, sebarang dakwaan atau kenyataan terhadap individu tertentu hanya akan menjejaskan reputasi dan kredibiliti DoJ.

"Jangan buat kenyataan demi kenyataan tanpa mengambil tindakan, bila mereka dakwa, mereka perlu juga ambil tindakan supaya yang didakwa itu boleh ada ruang untuk menjawab dan bersihkan nama masing- masing.

"Sekiranya mereka tidak mengambil tindakan, kredibiliti DoJ itu sendiri boleh dipertikaikan orang ramai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program perjumpaan bersama Setiausaha UMNO bahagian di sini, hari ini.

Beliau berkata sekiranya dakwaan tanpa tindakan ini berterusan, pihak-pihak tertentu akan 'menangguk di air keruh' dengan menggunakan kenyataan DoJ untuk kepentingan politik mereka.

Hishammuddin merujuk kepada saman sivil terbaru DoJ bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Ditanya sejauh mana dakwaan terbaru DoJ akan memberi kesan kepada UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14, Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO berkata rakyat yang akan menentukannya.

Katanya walaupun terdapat banyak isu berkaitan nasional pada hari ini, masyarakat di peringkat akar umbi mahu melihat nasib mereka terbela di peringkat setempat.

"Pengundi mahu nasib mereka terbela dan bagi mereka masalah setempat lebih penting, saya yakin dengan cara dekati rakyat yang betul kami pasti boleh melawan kenyataan DoJ," katanya. -- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tAVEme

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Dakwaan Tanpa Tindakan Jejas Kredibiliti DOJ

Itulah artikel Dakwaan Tanpa Tindakan Jejas Kredibiliti DOJ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dakwaan Tanpa Tindakan Jejas Kredibiliti DOJ dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/dakwaan-tanpa-tindakan-jejas_18.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dakwaan Tanpa Tindakan Jejas Kredibiliti DOJ"

Catat Ulasan

Loading...