BEIRUT – Kumpulan militan Daesh hari ini mendakwa bertanggungjawab menikam sehingga mati seorang polis Israel di luar Kota Lama Baitulmaqdis.
Menurut laporan, ia adalah kali pertama kumpulan pelampau mengaku bertanggungjawab ke atas serangan di Israel.
Militan itu dalam satu kenyataan berkata, tiga penyerang Daesh menyasarkan sebuah perhimpunan Yahudi dalam operasi semalam.
Tiga penyerang itu dibunuh polis Israel.
Kumpulan itu memberi amaran serangan berkenaan bukan yang terakhir.
Polis wanita yang ditikam itu cedera parah dan meninggal dunia di hospital. Beliau dikenal pasti sebagai Sarjan Mejar Hadas Malka, 23.
Kejadian berlaku pada Jumaat minggu ketiga Ramadan ketika puluhan ribu rakyat Palestin dari timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat menunaikan solat di perkarangan masjid Al-Aqsa. – AFP/myMetro Online
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2txa7zp
Thus Article Daesh Dakwa Tikam Polis Wanita Israel
Itulah artikel Daesh Dakwa Tikam Polis Wanita Israel Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Daesh Dakwa Tikam Polis Wanita Israel dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/daesh-dakwa-tikam-polis-wanita-israel.html
0 Response to "Daesh Dakwa Tikam Polis Wanita Israel"
Catat Ulasan