Loading...

Cuaca sejuk tidak lemahkan semangat pasukan Olimpik

Loading...
Cuaca sejuk tidak lemahkan semangat pasukan Olimpik - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Cuaca sejuk tidak lemahkan semangat pasukan Olimpik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Cuaca sejuk tidak lemahkan semangat pasukan Olimpik
link : Cuaca sejuk tidak lemahkan semangat pasukan Olimpik

Baca juga


Cuaca sejuk tidak lemahkan semangat pasukan Olimpik



ARKIB : 12/07/2006
KUALA LUMPUR - Cuaca sejuk yang menyambut ketibaan pasukan Olimpik Malaysia sebaik mereka tiba di Afrika Selatan bagi jelajah perlawanan persahabatan, langsung tidak melemahkan semangat mereka.

Jurulatih B. Sathianathan yang berdepan tugas besar memastikan pasukannya bersedia sepenuhnya bagi menghadapi perlawanan pertama menentang Universiti Wits, pasukan divisyen satu di Afrika Selatan esok, yakin anak buahnya mampu memberikan persembahan mantap seperti diharapkan.

“Cuaca sejuk, 14 hingga 16 darjah Celsius pada waktu siang dan bertambah sejuk pada waktu malam, jadi kami terpaksa bekerja lebih keras untuk membiasakan diri dan saya gembira dengan sikap pemain,” kata Sathianathan dalam kenyataan yang dihantar ke Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Selepas pertemuan dengan Universiti Wits, pasukan itu akan bertemu pasukan Olimpik Afrika Selatan pimpinan ketua jurulatih Steve Komphela sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu.

“Perlawanan pertama kami menentang mereka ialah pada 13 Julai ini di Stadium Hunterfield dan yang keduanya pada 16 Julai ini di Stadium Lenpark, dua jam perjalanan dengan kenderaan dari tempat penginapan kami.

“Ini merupakan perlawanan peringkat antarabangsa yang pertama dalam erti kata sebenar bagi pemain dan mereka tidak sabar untuk beraksi,” katanya.

Begitu juga dengan pasukan Olimpik Afrika Selatan yang turut serius dalam menghadapi perlawanan persahabatan ini kerana mereka turut membuat persediaan bagi kelayakan Olimpik bulan depan.

Pasukan itu yang baru pulang daripada jelajah di Tunisia, Senegal dan Mali turut mengadakan perlawanan dengan Nigeria di tanah air.

Kebanyakan pemain Afrika Selatan adalah pemain tetap dengan pasukan senior masing-masing dalam liga Afrika Selatan.

Sathianathan dijangka menggunakan jelajah itu untuk menyenaraipendek pemain sebelum kelayakan lewat tahun ini.

– Bernama

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2sloMwP
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Cuaca sejuk tidak lemahkan semangat pasukan Olimpik

Itulah artikel Cuaca sejuk tidak lemahkan semangat pasukan Olimpik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Cuaca sejuk tidak lemahkan semangat pasukan Olimpik dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/cuaca-sejuk-tidak-lemahkan-semangat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cuaca sejuk tidak lemahkan semangat pasukan Olimpik"

Catat Ulasan

Loading...