Loading...

Chef Wan mengamuk lagi dengan menantunya

Loading...
Chef Wan mengamuk lagi dengan menantunya - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Chef Wan mengamuk lagi dengan menantunya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Chef Wan mengamuk lagi dengan menantunya
link : Chef Wan mengamuk lagi dengan menantunya

Baca juga


Chef Wan mengamuk lagi dengan menantunya

 
Chef Wan berkata menantunya beri alasan tidak dapat hadir ke mahkamah 2 hari lalu kerana ada urusan lain dan mendakwa beliau berpura-pura tidak tahu mengenainya.


Chef-Wan_anak_khawin_600

PETALING JAYA: Chef selebriti Redzuawan Ismail sekali lagi mengamuk di Instagram selepas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh tidak hadir ke mahkamah syariah berhubung kes perceraian yang difailkan anak perempuannya, Serina.

Beliau, yang lebih popular dengan nama Chef Wan, menulis Gavin beri alasan tidak dapat hadir ke mahkamah Selasa lepas kerana ada urusan lain.

Beliau juga mendakwa menantunya itu berpura-pura tidak tahu mengenainya walaupun peguam mereka sudah menghantar emel kepadanya.

“Ini bukan kali pertama dia buat begini. Dia ingat kuasa penceraian itu ada pada dia sahaja? Dia bukan hanya pengecut tapi sombong.

“Kita tengok nanti setinggi mana tupai itu nak melompat? Mahkamah syariah pun ada caranya untuk jatuhkan talak jika dia tidak adil pada isteri,” kata Chef Wan, yang turut memuat naik gambar muka depan majalah Wanita 1996 yang memaparkan beliau memeluk Serina.

April lalu, Chef Wan di Instagram mendedahkan perkahwinan Serina dan Gavin tidak bahagia dan anaknya dalam proses memfailkan perceraian.

Beliau mendakwa keretakan rumah tangga pasangan itu berpunca daripada sifat kedekut menantunya dan enggan berubah selepas dinasihati.

Gavin, atau nama Islamnya, Salahudin Gafar, bagaimanapun menyanggah dakwaan Chef Wan. Beliau memberitahu FMT ahli keluarga terdekat sepatutnya tidak mendedahkan masalah rumahtannga kepada umum.

“Satu kesedihan yang besar apabila komen mengenai keluarga saya tersiar di media, sedangkan saya dan Serina bersusah payah menjaga hal peribadi kami dari pengetahuan keluarga dan rakan-rakan,” tulisnya.

Gavin berkata beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami kerana menyediakan sebuah “penthouse” 6 bilik tidur, membayar bil utiliti, menyediakan orang gaji, membawa keluarga bercuti dan menyekolahkan anak mereka di sekolah antarabangsa.

Beliau juga mengakui Serina juga memiliki pendapatan sendiri sebagai selebriti dan tidak pernah meminta wang belanja daripadanya.



Thus Article Chef Wan mengamuk lagi dengan menantunya

Itulah artikel Chef Wan mengamuk lagi dengan menantunya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Chef Wan mengamuk lagi dengan menantunya dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/chef-wan-mengamuk-lagi-dengan-menantunya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Chef Wan mengamuk lagi dengan menantunya"

Catat Ulasan

Loading...