Loading...

Cendol Santan Sawit Tarikan Baharu Di Tanjung Malim

Loading...
Cendol Santan Sawit Tarikan Baharu Di Tanjung Malim - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Cendol Santan Sawit Tarikan Baharu Di Tanjung Malim, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Cendol Santan Sawit Tarikan Baharu Di Tanjung Malim
link : Cendol Santan Sawit Tarikan Baharu Di Tanjung Malim

Baca juga


Cendol Santan Sawit Tarikan Baharu Di Tanjung Malim

TANJUNG MALIM – Umum mengetahui santan kelapa adalah antara resepi utama untuk menghasilkan cendol, namun berbeza bagi seorang peniaga yang menggunakan santan kelapa sawit untuk menyediakan pencuci mulut itu.

Md Fozi Shamsudin, 43, yang menjalankan perniagaan di Taman Bernam Baru di sini berkata beliau dan isteri Norasida Bujang, 45, memperoleh resepi itu daripada saudaranya di Negeri Sembilan sebelum menjualnya kepada pelanggan.

“Saya mahu mencari kelainan untuk menarik lebih ramai pelanggan datang membeli cendol kerana cendol biasa yang kami jual kurang mendapat sambutan.

“Saya dan isteri pergi ke sebuah pasar raya dan di situ ada jual santan sawit dan kami membelinya kemudian gunakan untuk menghasilkan cendol yang kami cuba terlebih dahulu.

Rasanya memang sedap sebab itu saya berani jual dan ramai pelanggan puas hati dan kata (cendol) sedap. Alhamdulillah kini saya sudah ada pelanggan tetap,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

Berkongsi mengenai penghasilan cendol istimewanya itu, bapa kepada empat orang anak itu berkata beliau menggunakan 30 kilogram santan untuk tempoh seminggu.

“Satu balang besar perlu menggunakan tiga peket santan. Setiap hari saya akan buat satu atau dua balang santan dan satu balang cendol,” katanya sambil menambah perniagaannya beroperasi setiap hari mulai 10 pagi hingga 7 petang.

Md Fozi berkata untuk menarik lebih ramai pelanggan, beliau menyediakan cendol mengikut dua saiz bekas iaitu saiz kecil berharga RM3, manakala saiz besar dijual pada harga RM5.

“Pelanggan yang mahu tambah perisa seperti jagung, kacang atau pulut, kami kenakan tambahan 50 sen bagi setiap perisa manakala untuk semua perisa atau dipanggil cendol ‘special’ mereka perlu tambah RM1.

Pada masa akan datang, saya akan menambah perisa lain seperti durian yang kini menjadi permintaan ramai. Selain cendol, saya turut menjual air batu campur, taufu fa dan soya panas,” katanya yang turut mengambil tempahan untuk majlis keraian.

Beliau yang mengusahakan perniagaan itu sejak tiga tahun lalu berkata tidak menyangka cendolnya menarik perhatian pelbagai golongan termasuk selebriti dan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi serta isteri Tun Jeanne Abdullah.

“Saya tidak menyangka Pak Lah dan isterinya datang minum cendol saya. Beliau tahu perniagaan saya ini selepas ia tular di laman sosial dan menyatakan cendol saya sedap,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ruAVzG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Cendol Santan Sawit Tarikan Baharu Di Tanjung Malim

Itulah artikel Cendol Santan Sawit Tarikan Baharu Di Tanjung Malim Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Cendol Santan Sawit Tarikan Baharu Di Tanjung Malim dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/cendol-santan-sawit-tarikan-baharu-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cendol Santan Sawit Tarikan Baharu Di Tanjung Malim"

Catat Ulasan

Loading...