Loading...

Cara Mengira Fidyah Puasa dan Membayar Fidyah Secara Online

Loading...
Cara Mengira Fidyah Puasa dan Membayar Fidyah Secara Online - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Cara Mengira Fidyah Puasa dan Membayar Fidyah Secara Online, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Cara Mengira Fidyah Puasa dan Membayar Fidyah Secara Online
link : Cara Mengira Fidyah Puasa dan Membayar Fidyah Secara Online

Baca juga


Cara Mengira Fidyah Puasa dan Membayar Fidyah Secara Online


Fidyah adalah denda yang perlu dibayar disebabkan oleh seseorang yang tidak dapat berpuasa dalam bulan Ramadhan atas sebab tertentu ataupun disebabkan seseorang yang tidak menggantikan puasa Ramadhan yang ditinggalkannya sehingga sampai kepada Ramadhan yang seterusnya.

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.

Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak untuk setiap hari tidak berpuasa. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin.

Kini pihak lembaga zakat menerima pembayaran fidyah dalam bentuk tunai yang mana akan ditukarkan dalam bentuk beras apabila proses pengagihan dilakukan kepada asnaf.

Masih ramai di luar sana yang sedikit bingung dengan golongan yang perlu membayar fidyah.

Terdapat 2 bahagian pembayaran fidyah:
  1. Perlu bayar fidyah berserta ganti puasa
  2. Perlu membayar fidyah sahaja
Siapa yang perlu membayar fidyah dan juga ganti puasa?
  1. Orang yang melewatkan qada’ puasanya sehinga masuk ramadan yang lain, wajib keatasnya mengqada’ puasanya dan mengeluarkan fidyah iaitu secupak makanan bagi tiap-tiap hari yang dilewatkan itu, sekiranya yang dilewatkan itu dua tahun, maka dua cupak, jika yang dilewatkan itu tiga tahun maka tiga cupak begitulah seterusnya. Orang yang melewatkan qada’ puasanya sehingga masuk ramadhan yang lain hanya wajib mengqada’kan puasanya sehari jua bagi tiap hari yang ditingalkan, dan tidak perlu dia menggandakan qada’nya hanya yang diganda bilangan cupak yakni bilangan fidyah.
  2. Seorang ibu yang mengandung dan tidak berpuasa kerana bimbang kesihatan kandungannya sahaja
  3. Seorang ibu yang menyusukan anak yang bimbang susunya tidak cukup untuk anak dan memudaratkan anaknya.
  4. Orang yang berbuka puasa ramadan kerana menolong orang yang dalam bahaya seperti hampir tenggelam air atau lainnya maka dia wajib qada’ serta fidyah.
Siapa yang perlu membayar fidyah sahaja?
  1. Orang yang terlalu tua, wajib membayar fidyah sahaja dan tidak wajib mengqada’ puasanya, sekalipun kemudian dari itu dia boleh berpuasa.
  2. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh wajib membayar fidyah sahaja dan tidak wajib mengqada’ puasanya, sekalipun kemudian dari itu dia boleh berpuasa.Perempuan yang menyusukan anak yang takut mudarat pada dirinya atau yang takut mudarat pada dirinya dan anak yang disusuinya.
  3. Perempuan hamil yang takut mudarat dirinya atau mudarat dirinya dan anak di dalam kandungannya.
Apa yang saya catatkan di atas hanyalah situasi-situasi biasa orang-orang yng diwajibkan membayar fidyah. Terdapat banyak lagi situasi yang lebih spesifik yang mungkin melibatkan kematian dan lain-lain perkara yang perlu dirujuk dengan guru dan ulama untuk mendapatkan pencerahan tentang situasi tersebut.

Cara Pengiraan Fidyah Puasa

Bayaran untuk satu hari fidyah puasa adalah dengan kadar 1 cupak beras iaitu dalam linkungan 600-700g beras. Jika dengan nilaian harga lebih kurang RM1.70 bergantung juga kepada nilai yang ditentukan oleh jabatan agama islam negeri.

Contoh pengiraan Fidyah Puasa:

Situasi 1:

Ali meninggalkan puasa Ramadhan sebanyak 3 hari pada tahun 2015 disebabkan demam. Walau bagaimanapun, Ali terlupa untuk mengqada' puasa yang ditinggalkan sehinggalah tiba Ramadhan tahun 2016. Oleh itu, bayaran fidyah yang wajib dikeluarkan oleh Ali adalah sebanyak;

3 hari x 1 cupak = 3 cupak beras

atau

3 hari x RM1.70 = RM5.10

Pada tahun 2017, Ali hanya berjaya menggantikan puasa yang ditinggalkan sebanyak 2 hari (berbaki 1 hari) sehinggalah tiba Ramadhan tahun 2017. Oleh itu, bayaran fidyah puasa yang perlu dibayar adalah RM1.70 (1 cupak beras = 1 hari).

Ali wajib mengqada' puasa yang berbaki sebelum bulan Ramadhan 2018.

Situasi 2:

Abu berumur 20 tahun. Dia tidak pernah berpuasa sejak dari dia baligh (umur 15 tahun) kerana pengaruh kawan-kawan serta kurangnya ilmu agama. Kini dia telah sedar dari kesilapan dan ingin bertaubat serta menebus segala puasa yang ditinggalkannya.

Jadi dia perlu mengqada puasa dia sebanyak 30 hari x 5 tahun = 150 hari

Abu juga perlu membuat bayaran fidyah puasa. Pengiraan fidyah puasa untuk masalah Abu adalah seperti berikut:

Tahun 1 = 30 hari x 1 tahun x 1 cupak (30 cupak)
Tahun 2 = 30 hari x 2 tahun x 1 cupak (60 cupak)
Tahun 3 = 30 hari x 3 tahun x 1 cupak (90 cupak)
Tahun 4 = 30 hari x 4 tahun x 1 cupak (120 cupak)
Tahun 5 = 30 hari x 5 tahun x 1 cupak (150 cupak)

Jumlah = 450 cupak (RM765)

Cara Membayar Fidyah

Bayaran fidyah puasa boleh terus diagihkan kepada terus kepada asnaf fidyah. Bayaran fidyah juga boleh dilakukan kepada lembaga zakat, pejabat agama daerah ataupun jabatan agama islam setiap negeri. 

Selain itu, terdapat juga lembaga zakat yang membenarkan anda untuk membuat bayaran secara online menggunakan Maybank2u.

Antara jabatan agama islam negeri yang memberikan perkhidmatan pembayaran fidyah secara online adalah:


(jika ada yang lain boleh kongsikan di ruangan komen ye 😊)

Pembayaran boleh dilakukan dengan laman web yang disediakan oleh majlis agama negeri atau melalui perbankan online.

Ok?

Pihak berkuasa telah memberikan kemudahan untuk kita membuat pembayaran fidyah. Tiada lagi alasan malu atau tidak tahu di mana dan bagaimana nak membuat bayaran fidyah. Perlu diingatkan bahawa kadar satu cupak beras perlu disemak dari masa ke semasa daripada laman web majlis agama islam ataupun dengan menghubungi majlis agama negeri sendiri.

Ingatlah bahawa fidyah adalah satu bayaran wajib yang perlu dilaksanakan.

Semoga bermanfaat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Wikicara.org - Kompilasi Pelbagai Cara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sosrv9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Cara Mengira Fidyah Puasa dan Membayar Fidyah Secara Online

Itulah artikel Cara Mengira Fidyah Puasa dan Membayar Fidyah Secara Online Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Cara Mengira Fidyah Puasa dan Membayar Fidyah Secara Online dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/cara-mengira-fidyah-puasa-dan-membayar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cara Mengira Fidyah Puasa dan Membayar Fidyah Secara Online"

Catat Ulasan

Loading...