Loading...

Cabaran Imam Muda Di Luar Negara

Loading...
Cabaran Imam Muda Di Luar Negara - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Cabaran Imam Muda Di Luar Negara, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Cabaran Imam Muda Di Luar Negara
link : Cabaran Imam Muda Di Luar Negara

Baca juga


Cabaran Imam Muda Di Luar Negara



KUALA LUMPUR – Imam muda Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang terpilih sebagai imam solat Tarawih di luar negara, bukan sahaja bertanggungjawab menjadi imam solat fardhu dan solat sunat itu tetapi juga perlu mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang keagamaan.

Mohd. Aminur Rahman Mohamed Rashid, 26, yang terpilih buat kali ketiga untuk menjadi imam solat Tarawih di Kedutaan Besar Malaysia di Washington DC, Amerika Syarikat berkata kerana itu, sesi pemilihan untuk menyertai program ini amat penting.

“Selain menjadi imam solat Tarawih, tugasan kami juga meliputi mengimamkan solat fardhu, tazkirah Zohor, tazkirah antara solat Tarawih, kelas al-Quran bagi kanak-kanak dan dewasa serta kelas Fardhu Ain,” kata beliau yang juga Pengurus Masjid Saidina Ali Abi Talib di Bukit Sekilau, Kuantan, Pahang kepada Bernama melalui panggilan telefon.

Beliau berkata selain itu, mereka juga perlu berurusan dengan diplomat, pegawai kanan kerajaan serta rakyat Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

Seramai 12 pelajar MTNP yang diundang sebagai imam solat Tarawih dalam program yang bermula sejak 2014 itu yang mendapat sokongan daripada Yayasan Pahang (YP) serta agensi lain termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) dan Amanah Saham Pahang Berhad (Aspa).

Mohd. Aminur Rahman sebelum ini pernah bertugas di Dewan Malaysia, Sydney, Australia pada 2014 dan tahun lepas di Masjid Darul Imaan yang juga di Sydney.

“Kami akan berada di sini hingga 29 Jun ini. Saya bersama dengan Ahmad Mukmin Noor Hishamuddin, bertugas di Washington, manakala lapan di Australia, dan dua lagi di Sweden,” katanya.

Sebagai anak sulung daripada tiga adik-beradik, beliau berkata kerana sudah dua kali berada di luar negara ketika sambutan Hari Raya, beliau kini telah biasa dengan suasana tersebut.

Beliau yang membuat permohonan untuk menyertai program ini dan turut ditemuduga berkata, “antara kriteria yang diperlukan ialah kecemerlangan akademik, sahsiah, kepimpinan, kemahiran berbahasa Inggeris dan kebolehan berbahasa Arab menjadi satu kelebihan.

“Mereka yang memohon juga perlu mampu berdikari dan membawa diri di tempat orang.”

Menyentuh mengenai program itu, Mohd Aminur Rahman berkata ia memberi pendedahan terbaik kepada semua pelajar tahfiz, terutama pelajar muda untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari di mahaad tahfiz, termasuk berkongsi pengetahuan dan asas ilmu agama kepada komuniti Islam di luar negara.

Sementara itu, Ahmad Mukmin, 20, yang pertama kali terpilih untuk menyertai program ini, berkata ia adalah pengalaman yang manis.

Anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata peluang keemasan itu adalah pendedahan terbaik kepadanya untuk terus mendalami ilmu agama, seterusnya berbakti kepada masyarakat.

“Ini kali pertama saya sertai program seperti ini. Tahun ini saya ditugaskan di Amerika Syarikat. Satu peluang untuk kita rasai sendiri kehidupan di sana. Kami dapat merasai dan melihat sendiri suasana Islam di luar negara.

“Ini merupakan rezeki Allah untuk kami mencurahkan khidmat dan bakti kepada masyarakat luar di samping menambah ilmu dan pengalaman baru,” katanya. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1xLmI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Cabaran Imam Muda Di Luar Negara

Itulah artikel Cabaran Imam Muda Di Luar Negara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Cabaran Imam Muda Di Luar Negara dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/cabaran-imam-muda-di-luar-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cabaran Imam Muda Di Luar Negara"

Catat Ulasan

Loading...