Loading...

Bukan aneh ketua hakim arah kes dipercepatkan

Loading...
Bukan aneh ketua hakim arah kes dipercepatkan - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bukan aneh ketua hakim arah kes dipercepatkan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bukan aneh ketua hakim arah kes dipercepatkan
link : Bukan aneh ketua hakim arah kes dipercepatkan

Baca juga


Bukan aneh ketua hakim arah kes dipercepatkan


Bukan sesuatu yang luar biasa bagi Ketua Hakim Negara mengeluarkan arahan untuk mempercepatkan kes-kes mahkamah, terutamanya jika ia melibatkan kepentingan awam, kata beberapa peguam.

"Ya, dia berbuat demikian walaupun untuk kes-kes jenayah dan rasuah yang melibatkan kakitangan awam," kata peguam Baljit Singh Sidhu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan dua kes mencabar persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipercepatkan atas arahan langsung daripada Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH semalam mendakwa, kedua-dua kes itu - masing-masing membabitkan kerajaan Selangor dan penduduk Melaka yang menyaman SPR - ditetapkan pada 20 Jun atas arahan Ketua Hakim Negara.

BERSIH mendakwa arahan itu menyebabkan mereka mempunyai masa kurang daripada lima hari untuk memfailkan hujah bertulis dan menghadiri pendengaran itu dalam masa seminggu sebelum Hari Raya.

Bagaimanapun Baljit berkata walaupun percaya kes-kes membabitkan kepentingan awam perlu disegerakan, peguam masih perlu diberi masa mencukupi untuk membuat persediaan.

"Keadilan yang dibuat secara tergesa-gesa adalah keadilan yang dinafikan... Lima hari (untuk membuat persediaan) adalah tidak masuk akal.

"Walaupun mahu ia disegerakan, mereka mesti memberi semua pihak masa yang munasabah (untuk membuat persediaan)," katanya.

Seorang lagi peguam, New Sin Yew, turut bersetuju dengan Baljit.

Katanya, bukan aneh apabila seorang Ketua Hakim mahu kes melibatkan kepentingan awam disegerakan.
Menurut New, kes seumpama itu memang perlu diberi keutamaan.

"Persempadanan semula kawasan pilihan raya sesuatu yang sangat penting, dan tiada yang luar biasa apabila mahkamah memberi keutamaan kepada kes-kes begitu.

"Malah, memang begitulah sepatutnya. Saya akan bimbang jika kes kepentingan awam ditangguhkan," katanya.

Pada masa sama, New turut bersetuju peguam memerlukan masa sewajarnya untuk menyediakan hujah-hujah mereka, namun menegaskan memang menjadi kelaziman kes kepentingan awam diberi notis singkat untuk didengar di mahkamah.

"Tetapi saya rasa peguam perlu diberi masa untuk menyediakan hujah.

"Jika tidak, mereka tidak dapat memberi pandangan yang betul mengenai merit kes mereka di mahkamah," katanya.



Thus Article Bukan aneh ketua hakim arah kes dipercepatkan

Itulah artikel Bukan aneh ketua hakim arah kes dipercepatkan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bukan aneh ketua hakim arah kes dipercepatkan dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/bukan-aneh-ketua-hakim-arah-kes.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bukan aneh ketua hakim arah kes dipercepatkan"

Catat Ulasan

Loading...