Loading...

'Budak-budak itu semua ahli syurga...' [METROTV]

Loading...
'Budak-budak itu semua ahli syurga...' [METROTV] - kawan-kawan Hallo news malaysia on record, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Budak-budak itu semua ahli syurga...' [METROTV], Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Budak-budak itu semua ahli syurga...' [METROTV]
link : 'Budak-budak itu semua ahli syurga...' [METROTV]

Baca juga


'Budak-budak itu semua ahli syurga...' [METROTV]

SEJAK kemalangan membabitkan tujuh pelajar tahfiz maut, Jumaat lalu, kediaman seorang buruh kampung di Kampung Telekong, Kuala Kraimenjadi perhatian pelbagai pihak.

Kediaman separa kayu itu terletak di tepi jalan Kilometer 55 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, adakalanya diterjah pengguna jalan raya yang berhenti untuk mengambil gambar.

Semua kerana kisah kemalangan berkenaan yang berlaku pada Ramadan ketujuh, meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat seluruh negara berikutan pemergian ramai ahli tahfiz muda dari Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Tualang.

Bagi pemilik rumah itu sendiri, Azrin Hassan, 42, kejadian terbabit tidak mungkin dilupakannya sampai bila-bila kerana bukan hanya merosakkan rumahnya bahkan, kematian tahfiz berusia 14 hingga 18 tahun yang dianggapnya sangat istimewa.

"Kalau kita akan mengaduh sakit hanya kerana tersepit sikit sahaja, boleh bayangkan tak penderitaan budak-budak tahfiz itu yang tersepit teruk di dalam van remuk berkenaan?

"Selepas rempuhan itu berlaku, tiada langsung jeritan mengaduh sakit daripada mereka. Tiada rintihan pun. Suasana sunyi dan senyap sahaja. Mangsa yang masih hidup pun ketika itu hanya diam seperti reda dengan sakit dihadapi.

"Saya berasa mereka sangat istimewa terutama tujuh orang yang meninggal dunia, dengan lima orang maut serta merta. Dua mayat pelajar ini dikeluarkan daripada kenderaan dan diletakkan di depan rumah saya, manakala tiga lagi di atas jalan.

"Orang tanya saya, sama ada saya tidak takutkah masih menghuni di sini? Nanti dikacau atau ada bunyi tangisan. Tapi bagi saya, semua itu khurafat. Dalam fikiran saya, budak-budak itu semua ahli syurga. Jadi saya tidak perlu takut apa-apa dengan kematian mereka," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Azrin mengakui sedikit sebanyak turut terkesan melihat rumahnya yang rosak dan keluarganya tidak berkemampuan untuk membaikinya dalam masa terdekat, terutama apabila umat Islam bakal menyambut Aidilfitri.

Bagi dirinya sendiri, walaupun insiden itu sudah empat hari berlalu, dia masih merasakan kejadian seperti berlaku semalam terutama apabila sisa runtuhan belum 'diusik'.

"Bukan saya sengaja untuk biarkan keadaan begini, tetapi saya tidak tahu mahu mulakan pembersihan dari mana. Sisa runtuhan masih ada, malah serpihan kaca juga bertaburan di atas tanah.

"Sisa darah pelajar itu pun anggota penyelamat yang bersihkan termasuk menarik keluar van yang tersangkut di bawah runtuhan.

"Lagipun saya sendiri dalam masih belum sembuh sepenuhnya selepas menjalani pembedahan paru-paru (akibat udara dalam paru-paru) di Hospital Kuala Krai (HKK) pada Januari lalu. Belum dapat buat kerja berat lagi," katanya yang mempunyai empat anak berusia setahun hingga 12 tahun.

Mengenai orang ramai yang kerap berhenti dan mengambil gambar rumahnya selepas kejadian itu berlaku, katanya, dia tidak dapat menghalang tindakan sesiapapun asalkan ia bukan untuk tujuan tidak elok.

Menurutnya, ada pihak yang tampil mahu membantunya membaiki rumah tersebut termasuk Kerajaan Persekutuan dan negeri.

"Saya bersyukur sekiranya itu hajat mereka. Apapun saya dan keluarga tetap akan menghuni rumah ini kerana inilah kediaman kami walaupun insiden ngeri itu berlaku yang tidak mungkin saya lupakan," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rX9djh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article 'Budak-budak itu semua ahli syurga...' [METROTV]

Itulah artikel 'Budak-budak itu semua ahli syurga...' [METROTV] Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Budak-budak itu semua ahli syurga...' [METROTV] dengan alamat pautan https://malaysiaonrecord.blogspot.com/2017/06/budak-budak-itu-semua-ahli-syurga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Budak-budak itu semua ahli syurga...' [METROTV]"

Catat Ulasan

Loading...